Berita Harian

Pengurus ditahan cabul 3 wanita ketika temu duga

-

Ipoh: Pengurus syarikat bergelar Datuk ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes mencabul tiga wanita, yang hadir untuk temuduga sebagai kerani di sebuah syarikat menjalanka­n perniagaan peladangan di Medan Gopeng, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 65 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Jalan Pembanguna­n, Rapat Setia, di sini, pada jam 12.15 tengah malam, selepas ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superinten­dan Mazuki Mat, berkata pihaknya menerima laporan daripada tiga wanita masing-masing berusia 20 tahun, yang mendakwa dicabul suspek ketika ditemu duga untuk jawatan kerani.

Katanya, kejadian cabul itu didakwa berlaku di pejabat syarikat berkenaan kelmarin, namun pada waktu berbeza membabitka­n ketiga-tiga mangsa.

“Laporan pertama dibuat mangsa yang mendakwa pada 12.30 tengah hari Isnin lalu, di tempat kejadian.

“Ketika temu duga dijalankan, pengurus syarikat terbabit tidak bertanyaka­n tentang soalan berkaitan temu duga atau pun berkaitan kerja.

“Suspek juga ada mengambil gambar mangsa ketika temu duga dijalankan dan banyak menghabisk­an masa menceritak­an hal peribadiny­a saja.

“Lelaki berkenaan dikatakan mahu bersalam dengan mangsa, tetapi wanita terbabit menolak, namun selepas sesi temu duga, suspek terus menarik tangan mangsa dan bersalam, serta memegang bahunya selain cuba memeluk dan mencium mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mazuki berkata, mangsa berjaya mengelak dan terus beredar dari tempat berkenaan dan kejadian itu turut berlaku kepada dua mangsa lain.

“Mangsa kedua pula membuat laporan mendakwa ketika berada di pejabat sama pada jam 7.45 pagi, suspek bertindak memegang tangan, memeluk dari belakang dan cuba mencium leher mangsa.

“Laporan ketiga diterima daripada mangsa pula mendakwa ketika sesi temu duga di pejabat sama pada jam 4.30 petang, lelaki berkenaan memegang tangan dan paha serta memeluk mangsa, sehingga terasa kemaluan suspek menyentuh belakang mangsa.

“Mangsa juga mendakwa dicium di leher, dahi dan pergelanga­n tangan,” katanya.

Mazuki berkata, berikutan kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan suspek di kediamanny­a untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Rakaman percakapan suspek diambil, bagaimanap­un suspek tidak mengaku melakukan perbuatan itu dan keterangan anak suspek turut diambil, namun ketika kejadian anak suspek berada di pejabatnya sendiri dan bukan di pejabat suspek,” katanya.

“Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan direkodkan,” katanya.

Lelaki berkenaan dikatakan mahu bersalam dengan mangsa, tetapi wanita terbabit menolak, namun selepas sesi temu duga, suspek terus menarik tangan mangsa.

Mazuki Mat, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia