Berita Harian

Polis nafi laporan forensik hilang, siasat pemilik FB cuba fitnah

Kes rogol pembantu rumah babit EXCO Perak

-

Polis Perak menafikan dakwaan kononnya laporan forensik kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dikaitkan dengan seorang EXCO Perak hilang, seperti status dimuat naik laman Facebook (FB) ‘1 Malaysia Tolak DAP.’

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain, berkata laporan polis sudah dibuat, bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap pemilik FB berkenaan, susulan dakwaan berunsur fitnah itu.

Katanya, polis masih menunggu laporan perubatan dan laporan Jabatan Kimia, bukannya laporan berkenaan hilang seperti didakwa dalam FB terbabit.

“Pemilik FB berkenaan memuat naik status ‘Laporan Forensik kes rogol EXCO DAP Perak dilaporkan hilang. Bagaimana boleh hilang? Ada tangan ghaibkah yang mengarahka­n laporan forensik tersebut dilenyapka­n?’ dengan mengaitkan kenyataan media Ketua Wanita MCA (Datuk Heng Seai Kie).

“Kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Razarudin berkata, kenyataan tidak bertanggun­gjawab dibuat pemilik FB berkenaan adalah fitnah, sekali gus mencabar kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalanka­n siasatan dengan telus dan teliti.

“PDRM menasihatk­an semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggun­gjawab, yang boleh menjejaska­n siasatan polis serta menidakkan ketelusan, keadilan dan nama baik PDRM, terutamany­a PDRM Perak,” katanya.

Berdasarka­n semakan di FB mendapati, status itu dimuat naik pada jam 9.58 malam semalam, dengan mengaitkan status itu bersama kenyataan Seai Kie.

Status berkenaan dikongsi oleh 149 warga maya dan menerima 53 komen, selepas ia dimuat naik sehingga jam 5 petang semalam.

 ??  ?? Razarudin Husain
Razarudin Husain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia