Berita Harian

34 murid teruja sertai Klinik UPSR

Program tajaan MBSB lengkapi persediaan hadapi peperiksaa­n

- Oleh Muhammad Waliyuddin Khadlan waliyuddin@bh.com.my

Membakut: Rata-rata peserta yang mengikuti Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik tajaan MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bambangan, di sini, baru-baru ini begitu teruja kerana dapat menyertai program itu sekali gus melengkapk­an persediaan menghadapi peperiksaa­n sebenar UPSR, September ini.

Peserta klinik yang juga murid SK Kampung Bambangan, Mohd Ifan Jaimain, 12, berkata dia berasa amat gembira kerana berpeluang menyertai klinik itu yang amat dinantikan bagi membolehka­nnya membuat persediaan lebih rapi sebelum peperiksaa­n sebenar.

“Saya berasa sangat teruja untuk hadir ke klinik UPSR ini, sebaik dimaklumka­n oleh pihak sekolah dan mahu memanfaatk­an peluang yang diberikan ini dengan sebaiknya kerana bukan semua murid berpeluang menyertain­ya.

“Penceramah yang juga guru cemerlang memberikan kaedah mudah kepada kami untuk memahami sesuatu topik, terutama bagaimana mengingati formula dan menjawab secara berkesan dan mendapat markah tinggi.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak MBSB Bank dan NSTP kerana membantu kami untuk meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR kali ini,” katanya ketika ditemui ketika menghadiri klinik itu, di sini.

Majlis perasmian klinik UPSR itu sempurnaka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif.

Yang turut hadir Guru Besar SK Kampung Bambangan, AG Anuar Ali Ahmad.

Mohd Ifan antara 34 murid yang menyertai Klinik UPSR BH Didik tajaan MBSB Bank dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP di SK Kampung Bambangan, di sini.

Program yang berlangsun­g selama dua hari itu, membabitka­n subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Seorang lagi peserta klinik, Nur Aliah Jabah, 12, berkata dia gembira dapat menyertai klinik berkenaan kerana berupaya memantapka­n lagi persediaan­nya menghadapi peperiksaa­n sebenar nanti.

“Selain di sekolah, menerusi klinik UPSR ini juga, saya dapat menimba pelbagai ilmu baharu, khususnya dalam memahami cara belajar yang lebih berkesan, selain mengetahui cara untuk meraih markah tertinggi ketika menjawab soalan peperiksaa­n,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang jurutera.

Sementara itu, Mohd Ariffin berkata, program yang dianjurkan itu dapat membantu sekolah dalam kawasan Membakut mencapai keputusan lebih cemerlang, termasuk di kawasan pedalaman dan menjadi contoh kepada daerah lain.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada MBSB Bank dan NSTP kerana sudi menganjurk­an program pendidikan seumpamany­a di sini (Membakut) bagi membantu meningkatk­an pencapaian murid dalam bidang akademik,” katanya.

 ??  ?? Mohd Arifin (tengah) bersama peserta Klinik UPSR BH Didik tajaan MBSB Bank di SK Kampung Bambangan, Membakut, Sabah, baru-baru ini.
Mohd Arifin (tengah) bersama peserta Klinik UPSR BH Didik tajaan MBSB Bank di SK Kampung Bambangan, Membakut, Sabah, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia