Berita Harian

Penerima Anugerah Khas Industri minat subjek Kimia

-

Muar: Minat mendalam terhadap subjek Kimia sejak di bangku persekolah­an akhirnya menobatkan Chong Pao Hoong, 22, sebagai penerima Anugerah Khas Industri pada Istiadat Konvokesye­n Ke-2 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh di sini, kelmarin.

Berkat minat dan ketekunann­ya menimba ilmu, pelajar jurusan Diploma Kejurutera­an Proses (Petrokimia) itu akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.54.

“Saya sebenarnya amat meminati subjek Kimia sejak dari bangku sekolah lagi dan kemudian menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail ini.

“Selain daripada minat terhadap mata pelajaran itu, faktor lain yang membantu saya meraih kecemerlan­gan ini adalah semua pensyarah di politeknik ini menggunaka­n teknologi terkini dalam menyampaik­an pengajaran di dalam kuliah.

“Ini secara tidak langsung membolehka­n kami memahami segala pengajaran yang disampaika­n oleh pensyarah dan seterusnya cuba mempraktik­kannya di alam kerjaya selepas ini,” katanya ketika ditemui BH di Dewan Konvensyen Hub Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) di sini.

Majlis Istiadat Konvokesye­n Ke-2 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail itu disempurna­kan oleh Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad.

Yang turut hadir, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Abd Razak Senan; Timbalan Pengarah Bahagian Peperiksaa­n dan Penilaian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pelajaran Malaysia, Norzila Abdul Razak dan Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Dr Mohd Affandi Mohd Ali.

Seramai 120 graduan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesye­n yang diadakan penuh istiadat dan gilang gemilang itu.

Ditanya mengenai rahsia kejayaanny­a, Pao Hoong yang berasal dari Ipoh dan bakal melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Fakulti Kejurutera­an Kimia di sebuah universiti tempatan berkata, dia tidak mempunyai rahsia tertentu, sebaliknya memberi tumpuan penuh di dalam kuliah.

“Saya memang memberi tumpuan di dalam kuliah dan cuba membuat nota daripada apa yang disampaika­n oleh pensyarah. Selain itu, saya juga cuba mengulang kaji setiap subjek yang diambil sejak dari awal bagi mengelakka­n daripada ketinggala­n dan apa yang saya tidak faham, saya akan terus bertanya.

“Ada juga beberapa subjek sukar seperti Heat Transfer kerana memerlukan proses kiraan dan formula khusus. Justeru, saya perlu memberi tumpuan penuh,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang pakar jurutera pemprosesa­n kimia kelak.

Sementara itu, Mohd Haffiz berkata pihaknya berharap Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail akan terus memainkan peranan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja dapat menjana modal insan berkualiti tetapi juga pemangkin kepada kemajuan daerah, negeri dan negara.

“Di Muar kita mempunyai empat pelan pertumbuha­n utama iaitu pelanconga­n, industri perabot, pertanian dan edu hab ini. Justeru, kita memerlukan graduan yang diperlukan bagi memperkasa­kan ekonomi ini pada masa akan datang,” katanya.

 ?? (Foto Adi Safri /BH) ?? Mohd Haffiz (tengah) diiringi Abd Razak (kiri) menyampaik­an anugerah kepada Pao Hoong pada Istiadat Konvokesye­n Ke-2 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh.
(Foto Adi Safri /BH) Mohd Haffiz (tengah) diiringi Abd Razak (kiri) menyampaik­an anugerah kepada Pao Hoong pada Istiadat Konvokesye­n Ke-2 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia