Berita Harian

‘Kami reda pemergian Muhammad Afizuddin’

Mayat mangsa ditemui nelayan 3.9 batu nautika barat laut dari lokasi kejadian

- Oleh Hassan Omar bhnews@bh.com.my

Kami reda dengan pemergian Afizuddin dan Alhamdulil­lah jenazahnya dijumpai semalam. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan SAR yang bertungkus­lumus mencari arwah sejak petang semalam.

Alor Gajah: Pelatih Kolej Vokasional Ranaco, Terengganu yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika mahu berpindah kapal di Kuala Linggi malam Ahad lalu ditemui lemas semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka/negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, mayat Muhammad Afizuddin Aidzuhan, 20, ditemui terapung oleh nelayan yang membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) 3.9 batu nautika barat laut dari tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pelabuhan Perikanan Kuala Linggi sebelum dinaikkan ke darat jam 1.09 tengah hari untuk pengecaman ahli keluarga yang berada di lokasi SAR sejak jam 10.30 malam kelmarin.

“Mayat yang disahkan ahli keluarga itu ditemui dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian sama kali terakhir dilihat.

Aidzuhan Abdul Malek, Bapa mangsa

“Mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya ketika ditemui di Pelabuhan Perikanan Kuala Linggi di sini.

Bapa pelajar itu, Aidzuhan Abdul Malek, 50, yang masih lemah kerana baru saja menjalani prosedur angioplast­i berkata mereka sekeluarga menerima takdir itu dengan reda.

“Kami reda dengan pemergian Muhammad Afizuddin dan Alhamdulil­lah jenazahnya dijumpai hari ini (semalam).

“Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan SAR yang bertungkus-lumus mencari arwah sejak petang semalam,” katanya.

Aidzuhan dan isteri, Salmah Sulai, 47, tiba di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) di Kuala Linggi, tengah hari ini (semalam) dari kediaman mereka di Damansara, Selangor.

Beliau meminta isteri, Salmah Sulai, 47, dan tujuh anaknya bersabar serta reda dengan pemergian arwah.

Ketika kejadian, Muhammad Afizuddin, sedang menjalani latihan industri di atas kapal tunda Tag Nur 3 yang ditugaskan menjaga kapal Bunga Mas 6 milik MISC yang digunakan untuk pengajian di Akademi Laut Malaysia (ALAM) Kuala Linggi.

Mangsa dipercayai terjatuh ke laut ketika melangkah dari Bunga Mas 6 ke bot tunda itu yang ditambat rapat dengan kapal berkenaan.

 ?? [Foto Rasul Azli Samad/bh] ?? Pasukan mencari dan menyelamat mengusung Afizudin di Kuala Linggi, semalam. jenazah Muhammad
[Foto Rasul Azli Samad/bh] Pasukan mencari dan menyelamat mengusung Afizudin di Kuala Linggi, semalam. jenazah Muhammad
 ??  ?? Muhammad Afizuddin Aidzuhan
Muhammad Afizuddin Aidzuhan
 ??  ?? Salmah ditenangka­n ahli keluarga ketika ditemui di Pantai Tanjung Dahan, Kuala Linggi, semalam.
Salmah ditenangka­n ahli keluarga ketika ditemui di Pantai Tanjung Dahan, Kuala Linggi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia