Berita Harian

Tiram Travel naik taraf bilik penginapan

Pakej ‘Haram View’ pemandanga­n dari tingkap bilik ke Tanah Haram

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Prihatin dengan permintaan jemaah haji untuk menaik taraf bilik penginapan, Tiram Travel mengambil inisiatif melancarka­n pakej hotel Haram View yang membolehka­n jemaah melihat pemandanga­n Tanah Haram dari dalam bilik masing-masing.

Pakej Haram View ini dianggap istimewa kerana ia adalah pandangan terus dari tingkap bilik ke Tanah Haram dengan tujuan memudahkan jemaah membuat perancanga­n pergerakan ke masjid, selain waktu solat lima waktu.

Pakej ini tercetus selepas ramai jemaah memohon untuk menaik taraf bilik setibanya di Makkah, tetapi ia tidak dapat dipenuhi memandangk­an harga caj dikenakan tinggi untuk tempahan saat akhir.

Justeru, bagi memberi keselesaan kepada jemaah Tiram Travel, sama ada dengan penerbanga­n Malaysia Airlines atau Airasia hanya perlu menambah

Bagi jemaah yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan, boleh menghubung­i Tiram Travel atau cawangan berhampira­n untuk membuat tempahan.

RM100 saja dan pihak syarikat akan berurusan dengan hotel bagi memastikan bilik penginapan berkenaan dapat dipenuhi.

Bagaimanap­un, sekiranya jemaah tidak dapat menginap di bilik Haram View atas sebab tertentu seperti kerosakan bilik, pihak syarikat akan membuat pulangan bayaran berdasarka­n perbezaan harga dengan pakej biasa.

Bagi jemaah yang ingin mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan, boleh menghubung­i Tiram Travel atau cawangan berhampira­n untuk membuat tempahan.

Jemaah juga boleh mendapatka­n maklumat tambahan dengan melayari laman web Tiram Travel Sdn Bhd di www.tiram.com.my.

Sebelum ini, Tiram Travel turut melancarka­n pakej umrah hotel dekat pada jarak 50 meter dengan kedudukann­ya di dataran masjid berhadapan dengan pintu masuk Masjidilha­ram.

Ia juga bertujuan untuk keselesaan dan kemudahan jemaah berulang-alik ke masjid pada kadar harga perkhidmat­an yang rendah.

 ??  ?? Pakej ‘Haram View’ memudahkan jemaah membuat perancanga­n pergerakan ke masjid.
Pakej ‘Haram View’ memudahkan jemaah membuat perancanga­n pergerakan ke masjid.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia