Berita Harian

Operasi Tabung Haji di Makkah lancar

-

Makkah: Perjalanan operasi haji kendalian Lembaga Tabung Haji (TH) di Tanah Suci sehingga kini berjalan dengan lancar, kata Ketua Rombongan Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata, tinjauan ke beberapa kawasan terbabit terutama maktab penginapan, menunjukka­n operasi berjalan lancar dan jemaah haji, memberi maklum balas mereka berpuas hati dengan perkhidmat­an yang disediakan.

“Setakat ini mereka (petugas TH) bersemanga­t tinggi menghadapi tuntutan (tugas) yang mencabar ini. Perhimpuna­n ini menyuntik semangat sebelum kita melalui satu operasi lagi yang cukup mencabar, iaitu operasi masyair dalam 11 hari.

“Ini menuntut komitmen yang paling tinggi dan mantap selain gerak kerja paling tersusun untuk menghadapi operasi masyair,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpuna­n petugas TH di Abraj Janadriyah di sini semalam.

Musim haji tahun ini menyaksika­n 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjaka­n Rukun Islam Kelima itu yang tinggal di sembilan maktab penginapan di sini dibantu 640 petugas TH.

Sementara itu, beliau berkata, petugas TH di Tanah Suci melancarka­n program Infaq Sabeel Rahmatan Lil’ Al-amin yang mengumpul sumbangan ikhlas petugas, yang diberi dalam bentuk makanan kepada jemaah haji negara lain.

“Ada lagi jemaah negara lain tiada khidmat sajian makanan. Kita edarkan makanan waktu malam dua kali iaitu sekali sebelum wukuf sekali selepas wukuf, jumlah dikutip hampir 14,000 riyal (RM15,399.31) yang boleh memberi makan kepada sekurang-kurangnya 1,500 jemaah,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Syed Saleh meminta jemaah mengekalka­n budaya bersih bagi menjaga imej Malaysia di mata dunia dan menjadi contoh kepada jemaah negara lain.

Katanya, Kempen Kebersihan Perdana Masyair dijalankan TH bersama jemaah haji tahun lalu, mendapat pujian Kerajaan Arab Saudi, malah mereka melihat ia menjadi contoh negara lain.

Beliau berkata, selain meneruskan Kempen Kebersihan Perdana Masyair, TH bersama jemaah tahun ini melancarka­n Kempen Kebersihan Maktab bagi meluaskan kempen kebersihan itu di maktab penginapan jemaah Malaysia di sini.

“Pada setiap Rabu jemaah menyertai kempen kebersihan ini. Kami bersama menjaga kebersihan bilik, ruang legar, dewan makan, surau, tangga, lorong dan pelbagai tempat di maktab kerana kebersihan iman.

“Mereka di sini untuk menjalanka­n ibadah haji. Jadi sudah tentu satu daripada ciri adab sebagai tetamu Allah SWT ialah menjaga kebersihan, kerana itu slogan kempen kita iaitu Kebersihan Mencermink­an Kemabruran Haji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen itu di sini, semalam.

Syed Saleh berkata, kempen itu dilaksana berkonsepk­an ramah mesra mengeratka­n hubungan, aman iaitu dengan kebersihan memberi keamanan buat jemaah di Tanah Suci dan harmoni, iaitu keharmonia­n bersama jemaah haji yang dipupuk apabila bersama dalam kempen itu.

“Rahmatan lil alamin iaitu konsep kebersihan itu sesuatu universal menyeluruh, Islam itu memberi rahmah yang menyeluruh dengan jemaah mampu jadi contoh kepada negara lain dan hormat merujuk kepada menghormat­i jiran kita di sini dengan menjaga kebersihan,” katanya.

Sementara itu, jemaah dari Bangi, Selangor, Mohd Alimullah Ishak, 35, berkata kempen itu membantu menyediaka­n persekitar­an selesa untuk jemaah haji terutama bagi tujuan beribadah.

BERNAMA ini mencermink­an

 ?? (Foto Bernama) ?? Syed Saleh melancarka­n Kempen Kebersihan Maktab Jemaah Haji di Makkah, semalam.
(Foto Bernama) Syed Saleh melancarka­n Kempen Kebersihan Maktab Jemaah Haji di Makkah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia