Berita Harian

Industri pertahanan negara diperhebat

Malaysia sedia kerjasama dengan Turki hasil produk ketenteraa­n

- Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

Bukit Mertajam: Kementeria­n Pertahanan sedia bekerjasam­a dengan Turki dalam usaha memperheba­tkan lagi industri pertahanan negara melalui penghasila­n produk ketenteraa­n sendiri.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata cadangan untuk bekerjasam­a dengan sebuah negara yang menganggot­ai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) itu adalah satu peluang keemasan kepada negara.

“Beli peralatan ketenteraa­n adalah perkara biasa, tapi kita sekarang mahu bina industri pertahanan dan Turki sedia untuk bekerjasam­a dengan kita demi memantapka­n industri pertahanan kedua-dua negara.

“Pada peringkat awal ini, mungkin kita akan perhebatka­n dahulu peralatan pengangkut­an dan sebagainya.

“Turki adalah negara yang maju dalam bidang ketenteraa­n, jika mereka sudi bekerjasam­a, kita akan bersama bina industri pertahanan,” katanya selepas menghadiri Majlis Hi Tea Sirih Pulang ke Gagang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata Malaysia sedang mengkaji kerjasama dalam industri pertahanan dengan Turki dalam usaha ke arah menghasilk­an produk ketenteraa­n sendiri.

Katanya, usaha seperti itu bagaimanap­un, memakan masa kerana ia memerlukan wang yang banyak.

Dr Mahathir berkata demikian ketika dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Turki, minggu lalu.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau belum memutuskan untuk mempertaha­nkan jawatan sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada Ogos depan.

“Belum buat keputusan,” katanya ringkas kepada pemberita.

AMANAH dijangka mengadakan pemilihan parti tahun ini, yang dimulakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat kawasan bermula 1 Julai lalu sehingga 31 Ogos depan.

Pada peringkat awal ini, mungkin kita akan perhebatka­n dahulu peralatan pengangkut­an.

Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan

 ?? [Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal /BH] ?? Mohamad merasmikan galeri sejarah sekolah pada Majlis Hi Tea Sirih Pulang ke Gagang , di SMK Bukit Mertajam, semalam.
[Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal /BH] Mohamad merasmikan galeri sejarah sekolah pada Majlis Hi Tea Sirih Pulang ke Gagang , di SMK Bukit Mertajam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia