Berita Harian

Dua lelaki cuba rempuh polis diburu

Suspek bertindak agresif, pecut kereta selepas diminta keluar untuk pemeriksaa­n

- Oleh Nor Farhani Che Ad bhnews@bh.com.my

Sungai Petani: Polis yakin dapat menahan dua lelaki yang cuba merempuh tiga anggota pasukan itu yang mahu membuat pemeriksaa­n terhadap kereta suspek di laluan wad kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah, berkata pihaknya giat memburu kedua-dua warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu dengan kerjasama dua penumpang mereka yang berjaya ditahan.

Dalam kejadian jam 6.25 petang itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta jenis Mazda 323 dinaiki suspek.

Seorang anggota polis cedera ringan di kaki ketika cuba mengelak dirempuh kereta berkenaan, manakala pemandu dan seorang lagi lelaki dalam kereta terbabit berjaya melarikan diri.

Sebelum kejadian, kenderaan dinaiki suspek bersama dua wanita berusia 20 dan 50 tahun ditemui seorang anggota polis di Kilometer 115, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya, suspek ketika itu cuba membantu dua beranak yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dan ketika polis meminta mereka mengalihka­n kereta, pemandu kereta bertindak agresif dengan memandu secara berbahaya.

Beliau berkata, mereka beredar membawa mangsa kemalangan itu sebelum polis menemui kereta berkenaan di laluan wad kecemasan hospital ketika dua suspek terbabit sedang menunggu dua penumpang wanita yang cedera itu mendapatka­n rawatan.

“Ketika tiga anggota polis menghampir­i dan meminta suspek keluar dari kereta untuk pemeriksaa­n, mereka enggan sebelum pemandu kereta melanggar anggota polis yang berada di situ menyebabka­n mangsa cedera ringan ketika mahu mengelak.

“Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta suspek, namun mereka dapat melarikan diri,” katanya sambil menambah, kereta itu ditemui di kawasan semak di Jalan Ambangan Height, kira-kira satu kilometer dari hospital, tidak lama kemudian.

Katanya, pemeriksaa­n di dalam kereta yang ditinggalk­an berkunci itu menemui beberapa topi keledar, botol mengandung­i minyak dipercayai milik dua wanita yang kemalangan dan peralatan

Ketika tiga anggota polis menghampir­i dan meminta suspek keluar dari kereta untuk pemeriksaa­n, mereka enggan sebelum pemandu kereta melanggar anggota polis di situ.

Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda

menghisap dadah.

Adzli berkata, dua wanita dalam kereta dipandu suspek yang berada di hospital ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia