Berita Harian

Pengeluara­n tempatan ditingkat

-

Jelebu: Pemberhent­ian import cili merah Vietnam yang diumumkan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan memberi kesan terhadap keperluan pengguna di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir, berkata negeri ini mempunyai ramai pengusaha cili dan yakin tidak akan timbul masalah kekurangan bekalan.

Katanya, ketika ini pengeluara­n tahunan tanaman itu di Negeri Sembilan adalah sebanyak 456 tan, malahan pernah mengalami lambakan cili.

“Dalam tempoh tiga bulan ini kita akan lihat dulu jika ada ke- san daripada pemberhent­ian import itu.

“Jika berlaku sebarang masalah kita akan ambil tindakan segera yang difikirkan sesuai termasuk mendapatka­n bekalan dari negeri lain,” katanya selepas melawat ke dusun durian di Kampung Chennah, semalam.

Mengulas lanjut, Bakri berkata, beliau akan meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) memantau keadaan itu dari semasa ke semasa, terutama menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

Katanya, pemberhent­ian import itu dijangka menggembir­akan pengusaha cili tempatan sekali gus dapat meningkatk­an pengeluara­n tanaman itu.

“Saya berharap tidak berlaku kenaikan harga cili supaya tidak membebanka­n rakyat apatah lagi negeri ini antara pengguna cili tertinggi di negara ini,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, dilaporkan berkata, tiada lagi pengimport­an cili merah dari Vietnam dibenarkan sepanjang tahun ini.

Katanya, kementeria­n juga menghantar notis kepada pihak berkuasa Vietnam bagi mengambil tindakan sewajarnya dan melaporkan tindakan pencegahan yang membolehka­n penggantun­gan import permit ditamatkan.

 ?? (Foto Abnor Hamizam/bh) ?? Bakri ketika mengadakan lawatan ke dusun durian di Kampung Chennah, Jelebu, semalam.
(Foto Abnor Hamizam/bh) Bakri ketika mengadakan lawatan ke dusun durian di Kampung Chennah, Jelebu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia