Berita Harian

Medan Selera Presint 8 kotor

Kemudahan awam diabaikan, tandas rosak

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Medan Selera Presint 8, di sini yang sebelum ini kemas dan bersih semakin tidak terurus.

Mereka yang berkunjung untuk menjamu selera di situ kesal dengan keadaan itu seperti kebersihan persekitar­an yang tidak terurus, tandas rosak dan kotor serta kemudahan awam yang diabaikan dan daif.

Tinjauan juga mendapati selain sampah bertaburan dan tandas orang kelainan upaya (OKU) juga tidak berpintu.

Pengunjung menyifatka­n perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Putrajaya adalah pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n dan setiap medan seleranya dikunjungi orang luar setiap hari.

Beberapa peniaga yang ditemui menyatakan masalah tandas rosak itu sudah berlarutan hampir tiga bulan.

Mereka mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan diambil.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata masalah tandas OKU yang tidak ada pintu itu mengabaika­n golongan berkenaan memandangk­an hanya ada satu kemudaha itu di situ.

Pengunjung, Mohd Isa Ahmad, 66, dari Desa Putra, berkata keadaan tandas kotor itu tidak sepatutnya berlaku di pusat pentadbira­n kerajaan yang menjadi contoh kepada pihak luar.

Mohd Isa yang sering berkunjung ke medan selera itu berkata, beliau merasa loya apabila masuk ke bilik air yang tidak diselengga­ra sehingga menimbulka­n bau yang kurang menyenangk­an.

“Kita harap pihak bertanggun­gjawab dapat menyelengg­ara semula kemudahan awan rosak di kawasan berkenaan bagi keselesaan dan keselamata­n pengunjung,”katanya.

Sementara itu seorang pekerja pembersiha­n berkata setiap hari banyak sampah dilonggokk­an di bahagian belakang medan selera itu sehingga menambah beban dan menyukarka­n kerja pembersiha­n.

Beliau yang enggan dikenali berkata, masalah longgokan sampah itu kelihatan seolah-oleh kawasan berkenaan bukan pusat pentadbira­n kerajaan.

Kita harap pihak bertanggun­gjawab dapat menyelengg­ara semula kemudahan awan rosak.

Mohd Isa Ahmad, Pengunjung

 ?? [Foto Samadi Ahmad /BH] ?? Longgokan sampah sarap di bahagian belakang Medan Selera, Presint 8.
[Foto Samadi Ahmad /BH] Longgokan sampah sarap di bahagian belakang Medan Selera, Presint 8.
 ??  ??
 ??  ?? Kerusi di bahagian luar medan selera tidak diselengga­ra pemandanga­n. mencacatka­n
Kerusi di bahagian luar medan selera tidak diselengga­ra pemandanga­n. mencacatka­n
 ??  ?? Tandas rosak di medan selera tidakdisel­enggara.
Tandas rosak di medan selera tidakdisel­enggara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia