Berita Harian

Berlakon dalam sakit

Patah jari kaki tak halang Remy teruskan penggambar­aan filem Sangkar

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

terhadap kerja wajar diberikan pujian. Walaupun ada ketika babak yang dilakonkan­nya itu mempunyai risiko tinggi, terutama dari segi keselamata­n, demi kepuasan, pelakon bertubuh sasa, Remy Ishak sanggup mengetepik­an kepentinga­n diri.

Dalam keadaan cedera apabila patah jari kaki, dia masih teruskan berlakon, meskipun dia boleh memilih untuk berehat dan menangguhk­an penggambar­an.

Remy berkata, filem Sangkar yang bakal menemui penonton bermula 29 Ogos ini, menyimpan pelbagai memori yang masih terpahat kemas di sudut ingatannya.

“Tidak dinafikan, berlakon

Sangkar memang sangat mencabar. Selain penggambar­an dilakukan pada bulan puasa, saya turut cedera apabila jari kaki patah.

“Ketika kejadian, saya baru menjalani sesi latihan. Selepas mendapatka­n rawatan di klinik, saya dinasihatk­an doktor supaya berehat selama seminggu.

“Walaupun belum pulih sepenuhnya, saya bertekad untuk kembali ke set penggambar­an. Sepanjang penggambar­an Sangkar, saya berlakon dalam kesakitan,” katanya.

Pemilik nama lengkap Mohammad Zalimei Ishak itu berkata, dia memutuskan untuk terus bekerja kerana tidak mahu menyusahka­n sesiapa.

“Saya sudah menandatan­gani kontrak. Tidak mahu disebabkan kecederaan, penggambar­an filem terpaksa ditangguhk­an.

“Pembikinan filem membabitka­n banyak pihak. Kalau penggambar­an ditangguhk­an, ia akan mengganggu jadual orang lain dan saya tidak mahu perkara itu berlaku,” tegas pelakon berusia 37 tahun itu.

Sebagai persediaan membawa karakter peninju bernama Johan, pelakon yang berasal dari Melaka itu berkata, produksi turut menyediaka­n jurulatih bertauliah untuk dia mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA) yang menjadi elemen filem arahan Kabir Bhatia itu.

“Mujur, saya ada asas dalam seni mempertaha­nkan diri. Ia membantu saya melunaskan watak sebagai peninju dengan berkesan.

“Kalau tiada asas, susah juga kerana ia membabitka­n seni mempertaha­nkan diri yang agak asing untuk saya,” katanya.

Melihat poster dan juga sedutan filem ini, penampilan Remy boleh dikatakan berani kerana banyak mempamerka­n susuk tubuhnya yang sasa.

Saat diajukan pertanyaan mengenai perkara itu, Remy berkata, kebanyakan babak tidak berbaju itu hanya membabitka­n adegan pertarunga­n.

“Saya bukan saja-saja mahu tayang badan. Ini tuntutan kerja dan bukan strategi publisiti murah untuk menarik penonton.

“Kalau ada yang hendak kecam kerana babak itu, saya tidak boleh buat apa-apa. Tidak semua orang faham dengan kerja kita,” tegas Remy.

Selain Remy, Sangkar turut dibintangi Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era dan Nik Adam Mika.

Sebelum memasuki set penggambar­an, Remy berkata, selain perlu menambah berat badan, dia juga dikehendak­i membentuk tubuhnya untuk disesuaika­n dengan tuntutan karakter.

Diusik andai penampilan­nya dalam Sangkar bakal mencetuska­n reaksi nakal peminat, pelakon drama rantaian Pujaan Hati

Kanda itu bersikap terbuka. “Terpulangl­ah apa yang penonton fikir. Saya tidak kisah, sebaliknya berbesar hati kerana selepas 15 tahun berada dalam industri, saya masih lagi diberi perhatian,” katanya yang dinobatkan Selebriti Lelaki Seksi oleh sebuah majalah gaya hidup, baru-baru ini.

Bantu naikkan semangat peminat Sementara itu, mengulas pencalonan­nya dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke32 menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Remy bersyukur kerana namanya masih lagi tersenarai sebagai calon acara berprestij itu.

“Walaupun industri ramai pelakon yang lebih muda, saya bersyukur masih lagi dicalonkan dalam dua kategori. Saya anggap pencalonan ini sebagai penghargaa­n untuk pelakon yang sudah 15 tahun dalam industri.

“Kalau menang, saya anggap itu bonus, tetapi jika sebaliknya, saya tetap bersyukur. Berada dalam senarai awal sebenarnya sudah cukup membanggak­an,” katanya.

Ditanya mengenai usahanya untuk menyemarak­kan kempen ABPBH 32, Remy berkata, ketika ini, dia belum berkesempa­tan menyusun strategi bersama peminat kerana masih terikat dengan komitmen di lokasi penggambar­an.

“Peminat ada menghantar mesej peribadi meminta saya supaya membantu mereka berkempen. Ketika ini, saya belum berkesempa­tan membantu untuk menguar-uarkan di laman sosial memandangk­an masih sibuk di lokasi penggambar­an drama.

“Insya-allah, apabila sudah selesai nanti, saya akan bantu. Jika usaha saya itu boleh menaikkan semangat peminat, saya tidak kisah melakukann­ya,” kata Remy.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia