Berita Harian

Raysha konsisten kejar impian

Selesa bergerak ikut kemampuan, sentiasa berusaha jadi lebih baik

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Ketika dua kakaknya, Uqasha dan Nelydia Senrose semakin kukuh memahat nama dalam industri hiburan, Raysha Rizrose pula lebih selesa menikmati kembara seninya tanpa sebarang tekanan.

Namun, ia tidak bererti juara Dewi Remaja 2014/2015 itu selesa dengan posisinya ketika ini. Bagi pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd Fariz, 23, setiap peluang yang datang dimanfaatk­an untuk menimba ilmu dan memperbaik­i kekurangan diri.

Raysha percaya, usaha yang konsisten, tanpa mengenal erti putus asa lambat-laun pasti membuahkan hasil yang dinanti.

Dia yakin, masa untuk namanya menyerlah pasti akan tiba, namun Raysha enggan terburu-buru menyusun langkah.

“Saya tidak pernah selesa dengan apa yang dimiliki. Saya akur, perjalanan seni saya belum berada pada tahap yang boleh membuatkan saya tersenyum.

“Tetapi, itu bukan alasan untuk saya mengalah. Setiap hari, saya berusaha menjadi yang lebih baik. Banyak yang perlu saya perbaiki jika mahu terus ke depan.

“Pengalaman turut membentuk saya supaya lebih matang dalam memahami tuntutan kerjaya seni,” katanya.

Tambah pelakon tinggi lampai itu, dia tidak pernah meletakkan sasaran tertentu kerana bimbang ia memberikan tekanan sekiranya gagal dicapai.

“Saya tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi. Jika saya terlalu mengikut telunjuk orang lain, bimbang nanti saya tidak terkejar.

“Lebih baik saya bergerak mengikut kemampuan. Perlahanla­han saya belajar mengatasi kelemahan, pada masa sama, memburu kepuasan diri.

“Mungkin nama saya tidak terlalu menyerlah, tetapi itu bukan keutamaan. Apa yang penting ketika ini, saya hanya mahu terus belajar untuk mewarnai sesuatu karakter,” katanya.

Raysha beruntung kerana kedua-dua kakaknya sentiasa menyokong, malah sering menyuntik semangat untuk dia meneruskan langkahnya.

“Sokongan moral mereka sangat bermakna. Setiap kali menerima tawaran berlakon, saya akan berkongsi untuk mendapatka­n pandangan mereka.

“Pengalaman mereka meniti pahit manis sebagai insan seni juga membuatkan saya lebih berhati-hati menyusun langkah.

“Titipan nasihat mereka menjadi azimat berharga ketika memulakan langkah sebagai pelakon,” katanya.

Akur jalan hidup yang dipilih membuka ruang peribadiny­a untuk diintai masyarakat, Raysha yang pernah membintang­i filem Dukun Doktor Dani bagaimanap­un, enggan mencampur-adukkan antara urusan peribadi dan kerjaya.

Baginya, tanggapan artis sebagai hak milik masyarakat hanya mitos yang cuba mengekangn­ya daripada menjadi diri sendiri.

“Benar saya anak seni, tetapi itu tidak bermakna saya membenarka­n setiap inci kehidupan peribadi dikongsi sehingga saya tidak berpeluang menjadi diri sendiri.

“Secara peribadi, saya mahukan sedikit bahagian untuk disimpan sebagai hak peribadi yang hanya akan dikongsi apabila saya sudah bersedia.

“Saya banyak belajar daripada pengalaman dua kakak. Mereka pernah begitu terbuka berkongsi segala-galanya, namun tindakan itu bagaikan menjerat diri apabila gagal memenuhi tuntutan masyarakat,” katanya.

Raysha percaya, setiap manusia berhak mencorakka­n laluan sendiri dan tidak mahu dirinya terbeban dengan harapan besar masyarakat.

“Saya masih mentah, malah banyak yang belum saya tempuhi. Tetapi, saya bertuah kerana kedua-dua kakak sentiasa di sisi untuk membimbing saya ketika diperlukan. Syukur kerana mereka tidak pernah membiarkan saya terkapai-kapai sendirian ketika saya sedang kebingunga­n,“katanya.

Mengenai perkembang­an seni, dia kini melunaskan komitmen penggambar­an drama Cindai terbitan produksi JS Pictures.

Acap kali diserahkan watak baik, Raysha teruja apabila diberi kepercayaa­n melakonkan karakter antagonis. Memegang watak Jasmin, Raysha cuba keluar dari zon selesa, sekali gus membuktika­n bakat seni yang dimilikiny­a.

“Lama saya menanti kesempatan ini dan peluang itu tiba menerusi Cindai. Saya suka dengan permainan karakter Jasmin yang mempunyai cabaran tersendiri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Raysha enggan terburu-buru menyusun langkah dalam perjalanan seni.
Raysha enggan terburu-buru menyusun langkah dalam perjalanan seni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia