Berita Harian

Rawatan wajah Babor bantu pesakit barah

Kutipan dana disumbangk­an kepada Pink Ribbons tanda sokong usaha organisasi

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Program rawatan wajah amal bukan semata-mata dilakukan bagi mengumpul dana, tetapi membawa mesej penting kepada masyarakat supaya memahami realiti serta cabaran penghidap kanser payudara, selain mendidik wanita mengenai pencegahan awal.

Jenama kecantikan dari Jerman, Babor Malaysia mencetuska­n perubahan apabila menganjurk­an acara rawatan muka amal itu bagi membantu Pink Ribbon Wellness (L) Foundation menerusi kempen 1,000 peserta dengan kutipan dananya itu disumbangk­an kepada pertubuhan terbabit.

Aktiviti amal mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR), selain memberikan sumbangan berjumlah RM20,000 sebagai tanda sokongan perjuangan organisasi memberi sokongan kepada pesakit kanser yang menjadi punca kematian tertinggi akibat kanser dalam kalangan wanita.

Presiden dan Ketua Operasi Kewangan Babor Asia Pasifik, Klaus Redomske, berkata kira-kira 60 peratus kakitangan­nya adalah wanita dan kempen Ask for More itu sebahagian inisiatif memperkasa­kan golongan itu, sekali gus memberi kesedaran moral berhubung barah paling ditakuti berkenaan.

“Justeru, kita membawa kempen rawatan wajah 15 minit Babor ampoule speed facial dengan bayaran RM50 itu disalurkan kembali kepada pertubuhan sokongan penyakit kanser berkenaan.

“Dengan inisiatif itu, kita berharap berupaya mengembali­kan keyakinan wanita, pengetahua­n mengenai penjagaan kulit, kesedaran terhadap kanser serta menjadikan golongan hawa sebagai individu di depan bukan dipinggirk­an kerana batasan jantina,” katanya.

Acara amal itu dijayakan di pusat beli-belah, Lot 10 lokasi strategik di ibu kota dengan disaksikan Pengurus Besar Luxor Beauty World Sdn Bhd, Jeffrey Wong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kehormat Pink Ribbon Wellness (L) Foundation, Yong Lee Lee, Naib Presiden YTL Land and Developmen­t Berhad, Joseph Yeoh serta ramai lagi.

Sementara itu, Lee Lee berkata, hakikat mengenai setiap 15 saat wanita di seluruh dunia menghidap kanser payudara wajar diberikan perhatian dengan pencegahan awal dan pengetahua­n mengenai penyakit itu.

“Saya sendiri didiagnosi­s tahap satu, iaitu apabila terdapat ketumbuhan sebesar dua sentimeter, sekali gus mencegah daripada awal serta pengawalan penyakit.

“Justeru kita mahu masyarakat mengambil berat penjagaan dan pemeriksaa­n sendiri supaya menyedari sebarang perubahan dan mengambil tindakan susulan sebelum masalah atau penyakit menjadi lebih serius.

“Dalam pada itu, peranan keluarga penting dengan memberi sokongan dan bantuan terhadap penghidap kanser ini berikutan adalah penting mengembali­kan keyakinan diri dan kekuatan untuk bertarung dengan penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata, proses kemoterapi adalah tempoh genting bagi pesakit kanser payudara dan mereka memerlukan sokongan daripada pelbagai aspek termasuk mental, emosi dan fizikal.

“Ahli keluarga juga perlu melengkapk­an diri dengan pengetahua­n mengenai kanser payudara supaya mereka memahami situasi pesakit terbabit sepanjang proses rawatan,” katanya.

Dikesan menghidap barah payudara tahap empat atau kanser payudara metastatik (MBC) pada 2007, bekas pesakit MBC, Lim Ai Lee, 51, mengakui diagnosis itu memberi perubahan besar, selain membuatkan­nya putus harapan dan hampir kepada kematian.

“Tujuh tahun lalu, saya melalui prosedur pembedahan mastektomi bagi membuang tisu kanser dan sebelah payudara sebagai ikhtiar untuk pulih dan syukur ke saat ini, saya terus berjuang, malah menjadi sukarelawa­n membantu wanita lain memperoleh semangat untuk tidak menyerah kalah.

“Susulan prosedur itu, saya melalui 25 kali radioterap­i dan enam kemoterapi. Tidak hanya perubahan perubatan, gaya hidup turut berubah dengan mula aktif melakukan aktiviti sihat, kegiatan riadah, pemakanan sihat serta bersemanga­t menjadi perantara kumpulan sokongan kepada pesakit lain,” katanya.

Beliau berkata, setiap wanita perlu sedar mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n payudara, pencegahan awal, faktor latar belakang dan mengawal diri daripada tidak dipengaruh­i stres berlebihan.

“Kanser payudara boleh berlaku pada sesiapa saja tidak kira latar belakang dan usia, sungguhpun individu itu menjalani gaya hidup sihat berikutan faktor utama keturunan dan tekanan.

“Dengan pengalaman saya pernah menjadi pesakit, saya sedia berkongsi pengetahua­n, memberi sokongan kepada wanita lain berusaha melawan kanser dan berkongsi maklumat mengenai bantuan bagi mengurangk­an beban penyakit paling ditakuti itu,” katanya.

Di samping itu, katanya, wanita perlu memeriksa sendiri payudara setiap bulan bagi mengesan sebarang tanda atau perubahan tertentu pada bahagian berkenaan.

“Rutin ini sangat penting terutama jika ada wanita yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser, mereka perlu serius mengenai status kesihatan diri kerana pengesanan awal dapat menyelamat­kan nyawa.

“Pemeriksaa­n sendiri penting bertujuan mengesan tanda awal kanser payudara seperti ketulan, permukaan kulit yang kasar dan sakit di sekitar payudara,” katanya.

Kami berharap berupaya mengembali keyakinan wanita, pengetahua­n mengenai penjagaan kulit, kesedaran terhadap kanser serta menjadikan golongan hawa individu di depan bukan dipinggirk­an kerana batasan jantina.

Klaus Redomske, Presiden dan Ketua Operasi Kewangan Babor Asia Pasifik

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Redomske (dua dari kiri) bersama Lee Lee, Naib Presiden YTL Land and Developmen­t, Joseph Yeoh dan Pengurus World Sdn Bhd, Jeffrey Wong pada majlis pelancaran program rawatan wajah amal jenama kecantikan Babor Malaysia, baru-baru ini.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Redomske (dua dari kiri) bersama Lee Lee, Naib Presiden YTL Land and Developmen­t, Joseph Yeoh dan Pengurus World Sdn Bhd, Jeffrey Wong pada majlis pelancaran program rawatan wajah amal jenama kecantikan Babor Malaysia, baru-baru ini.
 ??  ?? Pengunjung pusat beli-belah Lot 10 membuat rawatan muka pada program rawatan wajah amal jenama kecantikan Babor Malaysia.
Pengunjung pusat beli-belah Lot 10 membuat rawatan muka pada program rawatan wajah amal jenama kecantikan Babor Malaysia.
 ??  ?? Lee Lee bersama Ai Lee yang kini bebas barah payudara.
Lee Lee bersama Ai Lee yang kini bebas barah payudara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia