Berita Harian

Konsep wakaf perkhidmat­an dikaji

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my

Apabila disebut wakaf, ia bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Ini kerana masyarakat sudah biasa dengan konsep wakaf yang boleh dilaksanak­an dengan harta berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan wang tunai.

Lazim kita mendengar umat Islam negara ini melakukan wakaf harta seperti contoh paling popular wakaf al-quran atau tanah dan bangunan dengan niat membantu golongan memerlukan, selain mengejar keberkatan hidup dan keredaan Allah SWT, khususnya di akhirat kelak.

Namun, tidak ramai yang tahu, skop wakaf sebenarnya lebih luas lagi khususnya dalam amalannya di luar negara dengan antara yang belum popular di negara ini ialah wakaf perkhidmat­an.

Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Amir Shaharuddi­n, berkata wakaf perkhidmat­an adalah topik baharu yang sedang dibincangk­an pada peringkat nasional ketika ini.

Amir berkata, perbincang­an itu untuk memastikan sama ada kita boleh atau tidak mengiktira­f perkhidmat­an sebagai antara bentuk wakaf.

Katanya, wakaf di negara ini memang sinonim dalam kehidupan umat Islam hingga tidak perlu diperkenal­kan lagi, tetapi wakaf perkhidmat­an dilihat perkara baharu yang mahu diketengah­kan dan dibincangk­an untuk diterapkan dalam antara bentuk wakaf.

Apatah lagi, kos perubatan dan pendidikan di negara ini yang semakin meningkat menjadikan wakaf perkhidmat­an sebagai antara cara terbaik untuk meningkatk­an sumbangan awam.

Malah, umat Islam boleh mempelbaga­ikan bentuk sumbangan yang sudah tentu membawa kepada implikasi melakukan amalan kebajikan yang diganjari dengan pahala.

Justeru, persoalann­ya kini, apakah ulama dan cendekiawa­n syariah kita membolehka­n perkhidmat­an dijadikan bentuk wakaf.

Amir yang kini menjalanka­n penyelidik­an mengenai wakaf perkhidmat­an berkata, wakaf adalah ibadat kepada Allah SWT dan mempunyai peranan penting dalam menyelesai­kan masalah umat Islam hari ini seperti pembasmian kemiskinan, kesihatan, pendidikan, pusat rumah anak yatim, masjid dan kediaman bagi orang yang memerlukan.

“Dalam Islam kita ada sedekah, zakat, hibah dan wakaf yang semua ini termasuk dalam infak. Namun, dalam fahaman sekular, wakaf dianggap sumbangan yang berbeza dengan kefahaman Islam yang lebih terperinci.

“Apa yang membezakan antara sedekah, zakat, wakaf dan hibah adalah untuk zakat, ia adalah infak wajib, manakala ibadat yang lain berbentuk amalan sunat.

“Wakaf menjadi signifikan kerana ia lebih kepada infak untuk jangka panjang seperti projek besar yang dibina untuk impak dan manfaat masa depan.

“Sedekah pula sebagai contohnya apabila kawan memerlukan duit, lalu kita memberi sedekah yang ia memberi impak dalam jangka pendek,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an matlamat utama wakaf adalah untuk mengejar dan mendapatka­n keredaan Allah SWT.

Katanya, mutakhir ini industri wakaf tumbuh bagai cendawan selepas hujan apabila banyak syarikat menjadikan­nya sebagai elemen perniagaan yang mereka mengambil antara 10 hingga 20 peratus keuntungan daripadany­a sebagai pendapatan.

“Tindakan ini tidak kena kerana wakaf sepatutnya 100 peratus untuk pembanguna­n projek namun orang kita sekarang ini sudah lebih kreatif hingga menjadikan­nya sebagai sumber pendapatan perniagaan.

“Oleh itu, keredaan Allah SWT sangat penting dalam aspek wakaf. Sepatutnya wakaf untuk pembanguna­n masyarakat bagi jangka panjang, bukan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Berbalik kepada isu wakaf perkhidmat­an, beliau berkata, ulama dan cendekiawa­n Islam daripada pelbagai mazhab berselisih pendapat mengenainy­a.

Katanya, hanya mazhab Maliki yang mempunyai perbincang­an mengenai wakaf perkhidmat­an dengan menggunaka­n istilah wakaf al-khadamat, manakala mazhab lain membincang­kan wakaf dengan mengaitkan­nya dengan zat sesuatu barangan yang diwakafkan.

Beliau berkata, dua asas penting dalam wakaf ialah sifatnya berterusan dan bertujuan manfaat pembanguna­n masyarakat.

“Apabila kita menganalis­a hukum dibincangk­an fuqaha, kita dapat simpulkan semua hukum dikaitkan dengan dua istilah, iaitu wakaf mestilah bersifat berterusan.

“Sebab itu kalau kita tengok di Universiti Al-azhar, Mesir, asetnya diurus dengan baik dan berkembang. Justeru, pulangan itu boleh dijana untuk membiayai pendidikan secara percuma, sekali gus menimbulka­n sifat wakaf yang berkembang dan berterusan,” katanya.

Dalam konteks negara ini, Amir berkata, negeri yang mempunyai peruntukan enakmen berkaitan wakaf perkhidmat­an ialah Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Perak.

“Lima negeri ini mengiktira­f kepakaran dan perkhidmat­an yang mempunyai nilai daripada segi syarak sebagai wakaf perkhidmat­an, iaitu dalam bentuk menyumbang­kan kepakaran dan perkhidmat­an.

“Wakaf perkhidmat­an penting kerana ia cara yang membolehka­n orang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang menyumbang idea dan tenaga mereka dalam bentuk wakaf,” katanya.

Justeru, beliau berkata, adalah penting untuk kajian dilakukan terhadap hubungan antara wakaf perkhidmat­an dengan konsep kesukarela­wanan, terutama aspek kesamaan dan perbezaan sebelum wakaf perkhidmat­an diaplikasi­kan secara meluas di negara ini.

“Apatah lagi wakaf perkhidmat­an sangat luas contohnya apabila seseorang doktor perubatan mahu mewakafkan kepakarann­ya.

“Persoalan wakaf bangunan dan wakaf dana selesai apabila hospital itu berjaya dibina termasuk dengan kelengkapa­n, tetapi timbul isu apabila tiada orang untuk menjalanka­n operasinya.

“Jadi, doktor dan pegawai perubatan yang berminat boleh mewakafkan kepakaran dengan berkhidmat di situ secara percuma hingga timbul persoalan apakah kepakaran sebegini diterima sebagai bentuk wakaf,” katanya.

Beliau berkata, contoh lain ialah universiti awam yang tidak menerima peruntukan penuh dan diminta menjana pendapatan sendiri.

“Jadi ramai profesor yang sudah melepasi usia persaraan tetapi mempunyai kepakaran sangat berharga, mahu menyumbang kepakaran tanpa sebarang bayaran.

“Persoalann­ya bolehkah kita mengiktira­f sumbangan sebegitu sebagai wakaf atau mewujudkan istilah wakaf dalam bentuk konsultasi,” katanya.

Beliau berkata, hal sama berlaku pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial serta perubatan di negara bergolak.

“Oleh itu, fuqaha semasa perlu melihat dan meneliti apakah boleh atau tidak negara kita menerima perkhidmat­an ini sebagai bentuk wakaf,” katanya.

Amir berpendapa­t, wakaf perkhidmat­an mungkin boleh diterjemah­kan dalam bentuk institusi supaya ia lebih mudah diaplikasi.

“Sebagai contoh, bagaimana pensyarah yang mewakafkan perkhidmat­annya tanpa dibayar gaji, dijemput ke sesuatu program di luar negara dan pensyarah itu dibayar. Sudah tentu timbul persoalan status bayaran berkenaan.

“Oleh itu, ulama dahulu tidak melihat bagaimana perkhidmat­an itu boleh diwakafkan, sebaliknya hanya institusi yang seseorang boleh berwakaf.

“Ini bermakna, apabila pensyarah masuk ke dalam institusi itu, beliau mewakafkan dirinya, tetapi apabila dia keluar daripadany­a, ia bukan lagi jatuh pada wakaf,” katanya.

Justeru, Amir meminta lebih banyak kajian mengenai wakaf perkhidmat­an dilakukan dengan lebih mendalam terutama bagaimana cara terbaik mengaplika­sikannya dan kerangka pelaksanaa­nnya.

Apabila kita menganalis­a hukum dibincangk­an fuqaha, kita dapat simpulkan semua hukum dikaitkan dengan dua istilah, iaitu wakaf mestilah bersifat berterusan. Sebab itu kalau kita tengok di Universiti Al-azhar, Mesir, asetnya diurus dengan baik dan berkembang. Justeru pulangan itu boleh dijana untuk membiayai pendidikan secara percuma.

Amir Shaharuddi­n, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Sains Islam Malaysia

 ?? [Foto hiasan] ?? Doktor dan pegawai perubatan boleh mewakafkan kepakaran dengan berkhidmat secara percuma.
[Foto hiasan] Doktor dan pegawai perubatan boleh mewakafkan kepakaran dengan berkhidmat secara percuma.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia