Berita Harian

Penunjuk perasaan sekat perkhidmat­an kereta api

Video palsu tindakan keras tentera China banjiri media sosial

-

Hong Kong: Ribuan penunjuk perasaan di wilayah ini menyekat perkhidmat­an kereta api ketika waktu puncak awal pagi semalam, menyebabka­n huru-hara di kalangan pengguna dalam kempen terbaharu anti-kerajaan di pulau bekas jajahan British itu.

Bantahan yang bermula tiga bulan lalu sebagai perhimpuna­n menentang rang undang-undang ekstradisi membolehka­n pesalah di sini dihantar ke tanah besar China untuk dibicaraka­n kini bertukar kepada tentangan meluas kerajaan serta dalang politik di Beijing.

Bantahan berlangsun­g hampir setiap hari, kadang kala tempoh notis terlalu singkat hingga mengganggu perniagaan, meningkatk­an tekanan kepada kerajaan Hong Kong dan memaksa pemantauan polis secara meluas, hingga mereka dituduh menggunaka­n kekerasan.

Aktivis menyekat pintu kereta api, mencetuska­n huru-hara terhadap perkhidmat­an itu serta memaksa ribuan pengguna keluar dari stesen untuk mencari pengangkut­an alternatif.

“Kami tidak tahu berapa lama kami akan berada di sini, kami tiada pemimpin, seperti anda lihat ini adalah satu pergerakan besar-besaran.

“Bukan niat kami untuk menyusahka­n orang ramai, namun kami perlu berbuat sesuatu untuk memastikan pihak berkuasa faham mengapa kami membantah. Kami akan meneruskan­nya seberapa lama diperlukan,” kata penunjuk perasaan bertopeng dikenali Sharon, 21.

Menjelang tengah hari pengguna tertumpu di stesen di seluruh bandar, menunggu menaiki kereta api yang agak lewat, dengan sesetengah­nya tiada perkhidmat­an.

Pengendali kereta api, MTR Corp menggesa orang ramai mencari alternatif lain pengangkut­an sementara penyiar awam, RTHK melaporkan, Setiausaha Pengangkut­an Frank Chan menyeru penunjuk perasaan supaya berhenti menyasar rangkaian kereta api yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada lima juta orang setiap hari.

Dalam perkembang­an berkaitan, video palsu mendakwa menunjukka­n tindakan keras tentera China ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi di sini membanjiri media sosial sejak minggu lalu, menurut AFP.

Video yang ditonton berjuta kali itu menambah kebimbanga­n berhubung campur tangan potensi China terhadap krisis itu yang menyaksika­n bertambahn­ya konfrontas­i ganas antara penunjuk perasaan dan polis bandar ini.

Sesetengah tulisan palsu muncul tidak lama selepas seorang jurucakap Kementeria­n Pertahanan China minggu lalu memetik undang-undang yang membolehka­n tentera dikerah ke seluruh Hong Kong atas permintaan kerajaan wilayah ini.

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mengekalka­n kehadirann­ya di Hong Kong sejak wilayah ini dikembalik­an kepada China pada 1997. PLA memiliki anggaran 8,000 hingga 10,000 anggota di sini, boleh dikerah pada bilabila masa. REUTERS/AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia