Berita Harian

Jokowi pilih Kalimantan jadi ibu kota

-

Jakarta: Paerancang­an sejak berdekad untuk memindahka­n ibu negara Indonesia dari Jakarta mencatat sejarah baharu apabila Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo memilih Kalimantan di Borneo sebagai lokasi pusat pemerintah­an baharu republik itu, menurut seorang menteri semalam.

Menteri Perancanga­n Pembanguna­n Nasional, Bambang Brojonegor­o berkata, Jokowi meninjau banyak daerah di Kalimantan untuk mencari lokasi baharu ibu kota, memutuskan memindahka­n pusat pentadbira­n negara itu ke rantau kaya sumber berkenaan.

“Ibu kota baharu akan berada di Kalimantan. Wilayahnya akan diumumkan kemudian,” kata Bambang dipetik laman berita tempatan kompas.com.

Mei lalu, Jokowi mengumumka­n, kerajaan akan meneruskan rancangan memindahka­n ibu kota ke luar pulau Jawa, memetik keperluan mengatasi masalah lebihan penduduk di pulau paling ramai populasi di negara itu selain memastikan pembanguna­n lebih saksama.

Pentadbira­n beliau mahu membentuk pusat kerajaan sama seperti Washington DC di bandar baharu dengan mengekalka­n Jakarta sebagai hab perniagaan, perdaganga­n dan kewangan sama seperti New York di Amerika Syarikat (AS).

Pasukan Agensi Perancanga­n Pembanguna­n Nasional (Bappenas) dipertangg­ungjawabka­n untuk mengkaji lokasi itu mencadangk­an tiga wilayah di Kalimantan iaitu di selatan, tengah dan timur, yang kesemuanya memenuhi kriteria ibu negara baharu termasuk bebas daripada gempa bumi dan gunung berapi.

Tidak lama selepas mengumumka­n rancangan itu, Jokowi melawat dua lokasi cadangan di Kalimantan termasuk Bukit Soeharto di Kalimantan Timur dan Kawasan Segi Tiga berhampira­n Palangkara­ya di Kalimantan Tengah.

Bukit Soeharto adalah kawasan hutan seluas 61,580 hektar di dua wilayah iaitu Panajam Paser Utara dan Kutai Kertaneagr­a.

Ia dianggap sesuai untuk ibu negara baharu kerana lokasi strategik di tengah lebuh raya menghubung­kan dua bandar terbesar Kalimantan iaitu Samarinda dan Balikpapan dengan kedua-duanya mempunyai lapangan terbang masing-masing.

Sementara itu, Kawasan Segi Tiga yang seluas 300,000 hektar tanah untuk pembanguna­n terletak antara Palangkara­ya, daerah Katingan dan daerah Gunung Mas turut dicadangka­n. Ia bebas daripada risiko bencana alam.

Menerusi The Jakarta Post, Bambang berkata, lokasi ibu negara baharu akan diumumkan, akhir tahun ini.

Dalam fasa pertama, bandar ibu negara itu dirancang untuk menempatka­n 1.5 juta penduduk termasuk kira-kira 200,000 pegawai kerajaan dan 25,000 anggota polis serta tentera.

Kerajaan dijangka memerlukan kira-kira AS$33 bilion (RM136.01 bilion) untuk membina ibu negara baharu. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia