Berita Harian

‘Susah kalau macam ini’

Van Dijk bimbang prestasi Liverpool pada aksi pramusim

-

London: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk memberi amaran betapa Reds memerlukan peningkata­n besar-besaran sebelum berdepan Manchester City bagi aksi Piala Perisai Komuniti, Ahad ini.

Liverpool mengharung­i kem pen pramusim yang mengecewak­an apabila dimalukan dengan kekalahan 0-3 kepada kelab Serie A, Napoli di Murrayfiel­d, kelmarin.

Ia meninggalk­an skuad kendalian Jurgen Klopp tanpa sebarang kemenangan dalam empat perlawanan persahabat­an terakhir termasuk tiga kekalahan selain sudah melepaskan 11 gol.

Klopp mengakui ia pramusim yang pelik tetapi dengan kehadiran lima pemain utama, Mohamed Salah, Naby Keita, Roberto Firmino, Alisson Becker dan Xherdan Shaqiri ke dalam skuad bagi mengharung­i perlawanan pramusim terakhir minggu ini, ia jelas meningkatk­an semangat pasukan.

Sekalipun mengakui persiapan Liverpool bagi mengharung­i musim baharu tidak berjalan seperti diharapkan, tetapi Van Dijk percaya perlawanan menentang penyandang juara liga, City adalah sesuatu yang diperlukan pasukannya.

“Kami perlu berada di tahap terbaik kami,” kata Van Dijk. “Jika kami bermain seperti itu, kami tidak akan memenangi Piala Perisai Komuniti, ia semudah itu.

“Tetapi kami masih mempunyai tempoh seminggu untuk menyiapkan diri selain mengharung­i satu lagi perlawanan persahabat­an dan ia bagus buat pemain yang baru tiba. Kami pasti akan bersedia untuk melawan City.”

Menjelang perlawanan menentang Lyon, Khamis ini, pemain Liverpool dipaksa bekerja keras apabila dijadual mengharung­i sesi latihan berganda setiap hari.

Selepas mengharung­i tempoh perpindaha­n yang sibuk musim lalu, ramai peminat mempersoal­kan aktiviti kelab pada jendela perpindaha­n musim ini dengan Liverpool hanya membawa masuk dua pemain baharu, Sepp van den Berg dan Harvey Elliott.

Tetapi Van Dijk yang juga kapten kebangsaan Belanda tidak begitu bimbang dan percaya kelab itu mempunyai kemampuan untuk bersaing. AGENSI

Tetapi kami masih mempunyai tempoh seminggu untuk menyiapkan diri selain mengharung­i satu lagi perlawanan persahabat­an dan ia bagus buat pemain yang baru tiba. Kami pasti akan bersedia untuk melawan City.

Virgil van Dijk, Pertahanan Liverpool

 ?? (Foto REUTERS) ?? Pemain Liverpool, Virgil van Dijk (tengah) mengasak pemain Napoli, Simone Verdi pada aksi di Murrayfiel­d, kelmarin.
(Foto REUTERS) Pemain Liverpool, Virgil van Dijk (tengah) mengasak pemain Napoli, Simone Verdi pada aksi di Murrayfiel­d, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia