Berita Harian

PABM janji badang negara ‘bersih’

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) melaungkan keyakinan skuad badang negara kali ini bersih daripada isu doping menjelang Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Pada tahun lalu kem angkat berat negara sering dibayangi masalah doping sehingga mencemarka­n reputasi sukan berkenaan.

Gara-gara situasi itu memaksa PABM membuat keputusan tidak menghantar atletnya menyertai sebarang kejohanan antarabang­sa selama setahun bermula Mei tahun lalu.

Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim, bagaimanap­un menegaskan pihaknya sedang memastikan supaya insiden itu tidak berulang dengan beberapa langkah drastik sudah diambil.

“Saya fikir atlet elit serta yang berada di Majlis Sukan Negara (MSN) tidak mempunyai masalah. Sejak awal tahun sudah 10 ujian mengejut dijalankan terhadap mereka oleh Agensi Anti-doping Dunia (WADA).

“Malah Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad (pemenang emas Sukan Komanwel 2018) pernah diuji dua kali berturut-turut dalam tempoh dua bulan. Setakat ini tiada masalah,” kata bekas pemenang emas Sukan Komanwel itu.

Keyakinann­ya itu bersandark­an langkah WADA memperkena­lkan sistem ‘whereabout­s’ iaitu setiap atlet perlu mengisi maklumat keberadaan bagi membolehka­n mereka layak bertanding di pentas antarabang­sa.

Menerusi sistem yang dibangunka­n WADA itu, atlet angkat berat perlu mengemas kini profil, lokasi dan aktiviti harian mereka setiap tiga bulan sekali.

Mengenai sasaran kutipan pingat pada temasya dwitahunan itu, Amirul Hamizan berkata pada masa ini, badan induk itu menetapkan sasaran satu pingat perak dan satu gangsa.

“Kita tidak berani tetapkan lebih sebab kita nak lihat prestasi atlet kita terlebih dahulu. Banyak kategori dipertandi­ngkan pun baru, jadi banyak negara (atlet mereka) belum keluar lagi (turun beraksi), yang ada hanya dua atau tiga kejohanan antarabang­sa, tetapi kita sentiasa kemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? Amirul Hamizan Ibrahim
Amirul Hamizan Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia