Berita Harian

Hafizh tuntut pakej baharu

Pelumba Motogp hadapi masalah ketika ambil selekoh

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Hala tuju Hafizh Syahrin Abdullah kemungkina­n diketahui pertengaha­n bulan depan tatkala pelumba Motogp negara itu berazam memberikan yang terbaik pada setiap baki perlumbaan musim ini.

Hafizh dijadual memulakan separuh musim kedua 2019 bermula di Grand Prix (GP) Republik Czech hujung minggu ini selepas sebulan rehat musim panas dengan dirinya mengharapk­an ada alat baharu disediakan pengeluar jentera KTM.

“Buat masa ini, saya tak boleh katakan apa-apa lagi kerana saya perlu memberi sedikit masa kepada diri dan penaja,” kata Hafizh yang kontraknya tidak disambung pasukan Red Bull KTM Tech3, baru-baru ini.

Pelumba berusia 25 tahun dikatakan bakal kembali beraksi dalam saingan kelas pertengaha­n Moto2 dan ura-ura itu turut dipandang serius Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah, Syed Saddiq mahukan Hafizh beraksi bersama pasukan negara PETRONAS Sepang Racing Team yang pada tahun ini membuat penampilan pertama dalam kelas perdana, Motogp - PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team.

Selain kelas perdana itu, pasukan turut menyertai dua lagi kelas perlumbaan iaitu Moto2 yang diwakili Khairul Idham Pawi dan Moto3. Pasukan turut menyertai saingan dalam kelas baharu dipertandi­ngkan iaitu, Motoe.

“Saya masih dalam perbincang­an, mungkin dalam dua perlumbaan terdekat ini akan dapat tahu ke mana saya pergi,” katanya yang bakal mencipta sejarah menyertai perlumbaan dua roda Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) dan juga Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) yang berlangsun­g serentak pada minggu sama di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), 13 hingga 15 Disember ini.

Mengulas lanjut mengenai baki 10 pusingan yang harus dilaluinya, Hafizh berkata dia mengharapk­an KTM dapat menyediaka­n pakej baharu yang mampu membantuny­a ketika berada di selekoh.

“Buat masa ini saya sukar untuk mendapatka­n keserasian apabila hendak membrek dan mengambil selekoh. Saya harap KTM dapat memperting­katkan sesuatu pada jentera kerana (Johann) Zarco juga masih bergelut ketika mahu mengambil selekoh.

“Apapun, saya tidak begitu tertekan, kerana saya tahu di mana kemampuan saya dan kapasiti Zarco. Jadi, apa yang perlu saya lakukan hanyalah fokus dan terus berusaha untuk memperting­katkan prestasi pada setiap perlumbaan nanti,” katanya.

 ?? (Foto Salhani Ibrahim/bh) ?? Hafizh pada majlis pelancaran Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) dan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Salhani Ibrahim/bh) Hafizh pada majlis pelancaran Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) dan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia