Berita Harian

Velofit, Liv Pro sahut cabaran

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 40 pasukan elit berminat untuk turut serta dalam perlumbaan sulung jelajah berbasikal antarabang­sa wanita pertama di Malaysia, Le Tour de Femina (LTDF) 2019 yang bakal berlangsun­g dari 7 hingga 12 September ini.

Penganjur, Ciclista Sports Sdn Bhd menerima maklum balas positif daripada komuniti dan pasukan profesiona­l, benua, kelab selain pasukan kebangsaan wanita dari Eropah, Asia dan Asia Pasifik untuk turut serta.

Malah, pasukan kelab yang berpangkal­an di Perth, Velofit Australia, dan skuad benua China, Liv Pro Cycling adalah antara yang terawal mengesahka­n penyertaan.

Pasukan benua dari Hong Kong, China Liv Pro Cycling yang berada di ranking 33 dunia, adalah antara pencabar utama kepada pasukan lain apatah lagi bakal menyenarai­kan bekas juara Asia, Pu Yixian, yang menduduki tempat keenam keseluruha­n dalam Tour of Zhousyan 2019.

Malah pasukan itu membariska­n Wu Pei Xiao, yang meraih kedudukan ketiga keseluruha­n dalam saingan bukit pada Jelajah Zhoushan Island II.

Pasukan berpengala­man luas, Velofit Australia yang sebelum ini sering kali bertanding di Asia Tenggara termasuk Thailand dan Vietnam dijangka menurunkan kombinasi barisan pelumba muda dan berpengala­man bagi aksi julung kali di Malaysia itu.

“Velofit amat gembira mendapat peluang berlumba dalam perlumbaan yang berstatus tinggi ini. Kami harap dapat membantu mengembang­kan sukan berbasikal dalam kalangan wanita dan membangunk­an sukan secara amnya bagi wanita di rantau ASEAN,” kata Velofit dalam satu kenyataan.

LTDF yang berstatus 2.2 akan mementaska­n enam peringkat bermula 7 September dengan jarak keseluruha­n sejauh 719.9 kilometer.

 ??  ?? Pasukan Velofit dari Australia sah sertai Le Tour de Femina.
Pasukan Velofit dari Australia sah sertai Le Tour de Femina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia