Berita Harian

Rafiq terus tunjuk belang

-

Petaling Jaya: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail terus menyerlah apabila merangkul pingat emas kedua pada Kejohanan Boling Antara Negeri edisi ke-32 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, semalam.

Selepas cemerlang dalam acara perseorang­an kelmarin, pencapaian itu menyaksika­n atlet berusia 22 tahun berkenaan meraih gelaran keenam dalam tempoh sebulan, sekali gus memberi harapan kepada skuad negara mencatat keputusan positif pada Sukan SEA 2019 di Filipina, November ini.

Pada Kejohanan Boling Antara Negeri itu, Rafiq memperoleh pingat emas pertama dalam acara perseorang­an lelaki selepas melakukan 1,383 jatuhan pin, diikuti pingat emas kedua melalui gandingann­ya bersama Syafiq Ridhwan Abdul Malek yang merekodkan 2,687 jatuhan pin bagi acara beregu lelaki.

Pingat perak dimenangi gandingan Selangor diwakili Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan Ahmad Muaz Fisol yang melakukan 2,553 jatuhan pin, manakala pasangan Sarawak, Brandon Ting dan Chong Jun Foo meraih pingat gangsa selepas mencatat 2,510 jatuhan pin.

Mengulas mengenai prestasi semalam, juara dunia 2018 itu yang mewakili pasukan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL), berterima kasih kepada Syafiq yang membantuny­a mendapatka­n kembali ‘sentuhan’ terbaik.

Rafiq bermula dengan agak perlahan pada dua permainan pertama apabila sekadar melakukan 166 jatuhan pin dan 157 jatuhan pin, namun pada permainan kelima, dia melonjak melakukan 297 jatuhan pin yang membawa kepada kemenangan mereka.

Dia seterusnya berharap dapat terus menampilka­n aksi cemerlang bagi mempertaha­nkan gelaran dimenangin­ya tahun lalu pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-43 di venue sama hujung minggu ini, yang juga pentas meraih tiket menyarung jersi negara pada Sukan SEA 2019.

Rafiq dan Syafiq Ridhwan akan berganding­an dengan Timmy Tan serta Muhammad Hafiz Zainuddin dalam acara berpasukan lelaki, hari ini.

Untuk rekod, selepas enam bulan pertama tahun ini tanpa sebarang gelaran, pada akhir Jun, Rafiq meraih gelaran pertama di kejohanan Terbuka Singapura, disusuli tiga kejuaraan sepanjang Julai pada Masters Jelajah Boling Eropah (EBT) Madrid, Terbuka Hong Kong dan Masters Jelajah Boling Asia di Hong Kong. BERNAMA

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Muhammad Rafiq (kiri) dan Syafiq menjuarai kategori berpasanga­n lelaki Kejohanan Boling Kebangsaan di Sunway Mega Lane, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Muhammad Rafiq (kiri) dan Syafiq menjuarai kategori berpasanga­n lelaki Kejohanan Boling Kebangsaan di Sunway Mega Lane, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia