Berita Harian

MU dapat tonik terbaik

Kim Swee sedia buka pintu semula

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penampilan sebagai pemain gantian pada pentas final Piala FA, Sabtu lalu boleh dianggap sebagai ‘talian hayat’ terbaik buat dua pemain muda Kedah, Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Fayadh Zulkifli untuk kembali dipanggil menyertai skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Lebih menarik, kedua-duanya dimasukkan ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menuju ke penghujung - Fa yadh dimasukkan pada minit ke-86 manakala Danel pada masa tambahan (minit-104).

Namun, kedua-dua pemain muda berusia 21 tahun itu dilihat berjaya memberikan persembaha­n yang cukup membanggak­an walaupun kali pertama beraksi di pentas final dengan kehadiran lebih 83,000 penyokong.

Fayadh mendapat pujian berdasarka­n kelincahan memperdaya pemain lawan, tetapi Danel mencipta sejarah lebih manis apabila muncul wira Kedah selepas jaringan tunggalnya pada minit ke-105 membolehka­n Helang Merah menjulang Piala FA buat kali kelima.

Pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee ketika dihubungi BH Sukan menjelaska­n beliau sentiasa membuka pintu buat semua pemain untuk diserap ke dalam skuad yang bakal bersaing di Sukan SEA Filipina 2019, hujung tahun ini.

“Tidak kira sama ada pemain yang sudah lama berada dalam skuad atau yang baharu, mereka harus berada pada prestasi terbaik jika tidak ingin diketepika­n.

“Tapi, secara keseluruha­nnya, ia memberi banyak kelebihan kepada saya kerana pemain boleh memberi saingan yang sihat bagi merebut tempat dalam senarai akhir,” katanya.

Fayadh dan Danel pernah tersenarai dalam senarai akhir skuad Kim Swee bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Antarabang­sa B-21, Piala Newspaper 2018 di Hue City, Vietnam pada Disember tahun lalu.

Danel bagaimanap­un mencetuska­n sedikit kontrovers­i selepas dia gagal melaporkan diri bersama skuad itu selepas namanya disenaraik­an Kim Swee untuk bersaing di Kejohanan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF) B-22 pada Februari lalu. Melaka: Melaka United (MU) mendapat suntikan semangat sebelum aksi pembuka tirai Piala Malaysia selepas mencipta kemenangan bergaya 4-0 ke atas SAMB FC dalam aksi persahabat­an di Stadium Hang Tuah, semalam.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu akan melayan kunjungan PDRM dalam aksi pertama Kumpulan D di Stadium Hang Jebat, Ahad ini.

Penolong pengurus MU, Yuhaizad Abdullah, berkata aksi pemanas badan dengan SAMB penting dalam mengekalka­n momentum pasukan selepas aksi terakhir Liga Super, dua minggu lalu.

“Walaupun sekadar aksi persahabat­an, ia usaha terbaik dalam meningkatk­an persefaham­an pemain berikutan jarak perlawanan yang semakin hampir selepas aksi terakhir berdepan Pahang.

“Sehubungan itu, kami mengharapk­an pemain yang bakal turun berdepan PDRM mampu memberikan yang terbaik untuk meloloskan diri daripada Kumpulan D ke suku akhir,” katanya.

Jaringan MU dalam aksi berkenaan disumbangk­an bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Nazrin Nawi, Luka Milunovic, Davy Angan dan Devan Raj.

Lebih menarik, Zainal turut menurunkan beberapa pemain simpanan termasuk Ramzi Haziq, Devan dan Faizal Abu Bakar.

Yuhaizad berkata, barisan pemain kedua juga penting dalam menggalas tugas sekiranya jurulatih terpaksa mengubah corak permainan pada penghujung perlawanan.

Selain PDRM, MU akan berdepan cabaran dua pasukan Liga Super - Selangor dan FELDA United.

 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin / BH) ?? Danel (kanan) dan Fayadh ketika aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.
(Foto Mohd Yusni Ariffin / BH) Danel (kanan) dan Fayadh ketika aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia