Berita Harian

FAM tak mahu pengadil import jadi tradisi

-

Walaupun sekadar aksi persahabat­an, ia usaha terbaik dalam meningkatk­an persefaham­an pemain berikutan jarak perlawanan yang semakin hampir.

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak bercadang menjadikan penggunaan pengadil import pada final sesuatu pertanding­an domestik sebagai tradisi.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Md Dali Wahid berkata, pihaknya sentiasa mengutamak­an pengadil tempatan termasuk di pentas Piala Malaysia dan Piala Cabaran yang membuka tirai tidak lama lagi.

Bagaimanap­un, secara peribadi beliau berpuas hati dengan prestasi pengadil dari Jepun, Takuto Okabe, 38, serta dua penolongny­a, Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30 yang melakar sejarah mengadili aksi final Piala FA, Sabtu lalu.

“Karakter dia (Okabe) yang mustahak. Dia tenang dan begitu juga cara dia mengendali­kan perlawanan 120 minit. Bukan saya katakan dia terbaik kerana kesilapan boleh berlaku di mana-mana saja, cuma kita kongsi sedikit apa yang dia buat.

“FAM memang memberi keutamaan kepada pengadil tempatan. Insya-allah pada final Piala Malaysia atau mana-mana pertanding­an akan datang, kita akan berikan keutamaan kepada mereka.

“Tidak ada dalam agenda kita untuk sentiasa mengambil pengadil luar untuk aksi final. Kita akan beri ruang dan peluang kepada pengadil tempatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sekalipun ada pemain yang lebih selesa dengan pengadil tempatan, rata-rata memberikan reaksi positif terhadap penggunaan ‘pegawai import’ di final Piala FA, Sabtu lalu.

Bagaimanap­un, Md Dali berkata pihaknya sentiasa terbuka sekiranya ada permohonan dari mana-mana negara untuk menghantar pengadil mereka bertugas dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

“Semua itu bergantung kepada persatuan negara masing-masing. Kalau mereka hantar permohonan, kita sentiasa terbuka untuk terima tetapi setakat ini belum ada apa-apa lagi.

“Tiada sebarang jemputan daripada kita dan semuanya terpulang kepada mereka,” katanya.

Yuhaizad Abdullah, Penolong pengurus MU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia