Berita Harian

Pertukaran luar biasa United, Juventus

Ronaldo janji pulang ke Madrid

-

Madrid: Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo berharap untuk ‘pulang ke Madrid tidak lama lagi’ ketika menerima anugerah berprestij Marca Leyenda, kelmarin.

Bintang sensasi Portugal itu menghabisk­an sedekad kariernya bersama Real Madrid dan memenangi empat daripada lima anugerah Ballons d’or dan menjulang empat trofi Liga Juara-juara, dua gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol bersama gergasi Sepanyol itu.

Bersama Real, Ronaldo turut meledak 450 gol sepanjang 438 penampilan sebelum berpindah ke Juventus, musim panas lalu bagi memburu cabaran baharu.

Begitupun ketika menerima anugerah berkenaan, bekas pemain Manchester United itu mengakui dia merindui ibu negara Sepanyol itu dan sedih meninggalk­an Los Blancos.

“Saya rasa bersalah apabila tinggalkan Real Madrid,” kata Ronaldo ketika majlis berkenaan.

“Saya merindui kedua-duanya (Manchester dan Madrid) tetapi disebabkan saya tinggal lebih lama di Madrid, anak saya dan teman wanita saya lahir di sini, jadi saya lebih merindui Madrid.

“Trofi ini akan diletakkan di tempat yang amat istimewa di muzium. Madrid adalah istimewa. Saya banyak menjelajah tetapi tidak banyak bandar raya seperti Madrid.

“Anugerah ini juga saya peroleh dengan apa yang saya lakukan di Madrid. Ia adalah trofi Sepanyol dan saya berasa amat dihormati. Terima kasih kepada semua orang yang membantu saya mencapainy­a. Ia satu kebanggaan kepada saya. Saya berharap untuk pulang ke Madrid tidak lama lagi.”

Ronaldo dalam pada itu turut berkongsi impiannya sejak kecil selain menyuaraka­n harapannya untuk menjulang trofi Liga Juara-juara bersama Juventus.

“Saya tidak pernah berfikir mengenainy­a (mencapai tahap ini). Impian saya untuk menjadi pemain profesiona­l. Semua gelaran penting tetapi mungkin (Euro 2016) paling hebat kerana ia istimewa.

“Ia tidak sama, apabila kamu memenangi sesuatu untuk negara kamu dan tahu ia lebih sukar, ia perkara paling penting dalam karier kamu. Saya tidak tahu (memenangi Liga Juara-juara bersama Juve musim ini). Kami akan cuba, seperti selalu. Harapnya Juventus akan menang.”

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto EPA) ?? Ronaldo bersama pengurusny­a, Jorge Mendes (kanan) dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez selepas menerima anugerah Marca Leyenda di Madrid, Sepanyol, kelmarin.
(Foto EPA) Ronaldo bersama pengurusny­a, Jorge Mendes (kanan) dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez selepas menerima anugerah Marca Leyenda di Madrid, Sepanyol, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia