Berita Harian

Parcel Scam kaut RM2.8 juta

-

Kuching: Kerugian berjumlah RM2.8 juta dicatatkan dalam 57 kes ‘Parcel Scam’ yang dilaporkan di negeri ini dalam tempoh 1 Januari hingga 28 Julai tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak enam kes berbanding 51 kes dengan kerugian sebanyak RM2.7 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama, tahun lalu.

Beliau berkata, seramai 11 individu ditangkap kerana disyaki terbabit dalam jenayah itu bagi tempoh 1 Januari hingga 28 Julai tahun ini berbanding hanya dua individu ditangkap dalam tempoh sama pada 2018.

“Pihak kami mendapati semua mangsa tidak pernah menerima barang dikirimkan rakan yang dikenali menerusi media sosial itu walaupun pembayaran sudah dibuat kepada pihak tertentu.

“Agak menyedihka­n apabila ada kalangan mangsa enggan menerima nasihat rakan serta ahli keluarga apabila mereka menerima panggilan daripada suspek,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Justeru, beliau berkata orang ramai harus berwaspada dan tidak mudah mempercaya­i mana-mana individu yang hanya dikenali melalui media sosial kerana tidak diketahui latar belakangny­a.

“Dalam kebanyakan kes, mangsa Parcel Scam atau Love Scam tidak pernah bersemuka dengan kenalan media sosial mereka.

“Namun pelik, apabila mereka dengan mudah menyerahka­n wang tanpa usul periksa dan kebanyakan mangsa memindahka­n wang ke akaun yang bukan milik akaun rakan media sosial mereka sebaliknya atas nama individu berlainan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia