Berita Harian

Baik pulih jeti mampu tingkat pendapatan

-

Kota Kinabalu: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marudu Pitas berharap pembaikan jeti di Kampung Tambun, di Kota Marudu akan mampu meningkatk­an hasil nelayan di kawasan berkenaan.

Pengerusi PNK Marudu Pitas, Datuk Zaman Bayang, berkata jeti yang berusia lebih 20 tahun di kampung itu sudah usang dan nelayan memerlukan jeti yang lebih baik.

“Jeti di Kampung Tambun khususnya, lebih dikenali sebagai kawasan pendaratan ikan pari kerana ikan itu memang banyak di perairan Kota Marudu dan Pitas. Di Kampung Tambun saja ada lebih 20 nelayan yang menangkap ikan pari.

“Bagaimanap­un, keadaan jeti sudah usang dan dikhuatiri boleh roboh bila-bila masa, sedangkan ia adalah jeti utama untuk mendarat ikan pari di Kota Marudu,” katanya di sini.

Difahamkan, jeti itu menampung lebih dua tan pendaratan ikan pari sehari, hasil tangkapan nelayan khususnya di perairan daerah Kota Marudu.

Baru-baru ini, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumka­n peruntukan RM100,000 untuk membaik pulih jeti pendaratan ikan pari bagi kemudahan PNK Marudu Pitas di Kampung Tambun.

Mengulas mengenai peruntukan itu, Zaman berharap sebuah jeti yang baharu dapat dibina menggunaka­n peruntukan itu bagi memberi keselesaan kepada nelayan di kawasan berkenaan.

“Kami berharap jeti baharu akan dapat disiapkan tahun ini. Kebanyakan nelayan di kawasan ini khususnya di Kampung Tambun adalah nelayan yang menangkap ikan pari,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berharap lebih banyak lagi bantuan diberikan kepada nelayan yang mengusahak­an bagang di daerah Kota Marudu dan Pitas.

“Bagang bukan saja untuk menangkap bilis, malah juga pelbagai jenis ikan lain dan pada masa ini kira-kira 100 bagang ada di perairan daerah ini,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,

 ?? (Foto Suzianah Jiffar/bh) ?? Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Zaman di Kampung Tambun, baru-baru ini.
(Foto Suzianah Jiffar/bh) Datuk Salahuddin Ayub (tiga dari kiri) menyampaik­an replika cek kepada Zaman di Kampung Tambun, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia