Berita Harian

Pelakon KL Gangster

dihukum penjara 12 bulan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Petaling Jaya: Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menggunaka­n ganja, tahun lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatuhka­n hukuman itu terhadap Sofi Jikan , 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

Mahkamah memerintah­kan pelakon yang dikenali dengan tagline ‘kasi sengat’ menjalani hukuman penjara bermula semalam selain diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Mohamad Ikhwan berkata, keputusan itu dilakukan selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukaka­n pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di kandang saksi.

“Selain itu, mahkamah melihat secara keseluruha­n dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” katanya.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n Sofi Jikan menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman itu sementara peguamnya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Sementara itu, Haniff berkata, anak guamnya kini sudah insaf dengan tindakanny­a itu.

“Anak guam saya juga perlu menanggung tiga anaknya selain banyak menjalanka­n kerja amal,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Mahkamah turut menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM9,000 terhadap pelakon itu.

Sepanjang perbicaraa­n itu, seramai lima saksi pendakwaan dan hanya seorang saksi pembelaan iaitu Sofi Jikan sendiri memberikan keterangan.

Pada 13 Februari 2018, Sofi Jikan didakwa menggunaka­n dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 13 Mei lalu, Sofi Jikan diperintah membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n wujud prima facie dalam kes itu.

 ??  ??
 ?? [Foto Rohanis Shukri/bh] ?? Mohamad Shoffi ketika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
[Foto Rohanis Shukri/bh] Mohamad Shoffi ketika di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia