Berita Harian

18 penuntut UPNM diperintah bela diri

Kes kematian Zulfarhan

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintah­kan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membela diri bagi kes membabitka­n kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulka­n kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai secara maksimum keterangan saksi sepanjang kes pendakwaan, mahkamah memerintah­kan 18 tertuduh terbabit membela diri,” katanya.

Seorang lagi tertuduh, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederak­an Zulfarhan.

Terdahulu, Azman memerintah­kan tiga tertuduh dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n cedera terhadap mangsa bagi maksud hendak memerasnya bagi mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba pada kejadian 21 Mei 2017.

Enam tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara jam 4.45 pagi hingga jam 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 23 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Seramai 12 penuntut lain yang semuanya berumur 23 tahun ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri , Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany, dan Mohamad Syazwan Musa.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, manakala antara peguam yang mewakili semua tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Datuk Ranjit Singh Dillon, AG Kalidas, Datuk Hazizah Kassim, Mohd Fadly Hashim, Zambri Idrus dan Datuk Hazman Ahmad.

Seramai 29 saksi dipanggil sepanjang perbicaraa­n bermula 29 Januari tahun lalu.

Galeri awam dipenuhi ahli keluarga semua tertuduh dan keluarga Allahyarha­m Zulfarhan sejak jam 7.30 pagi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Akmal Akif Alias
Muhammad Akmal Akif Alias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia