Berita Harian

Majlis Santapan Diraja sempena pertabalan Yang di-pertuan Agong

-

Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h, berkenan bergambar kenangan pada Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, malam tadi.

Yang turut berangkat (dari kiri) Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-sultan Abdullah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah; Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; dan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Almarhum Sultan Badlishah.

 ?? [Foto BERNAMA ?? Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong bersama jemputan diraja pada Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, malam tadi.
[Foto BERNAMA Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong bersama jemputan diraja pada Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-pertuan Agong Ke-16 di Istana Negara, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia