Berita Harian

Selari unjuran Belanjawan 2019

RM124.769 bilion atau 48.01 peratus sudah dibelanjak­an

-

Kuala Lumpur: Perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n negara setakat pertengaha­n tahun ini, selari dengan unjuran Belanjawan 2019.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, berkata RM124.769 bilion atau 48.01 peratus sudah dibelanjak­an di bawah Perbelanja­an Mengurus manakala RM23.763 bilion atau 43.34 peratus dibelanjak­an di bawah Perbelanja­an Pembanguna­n.

“Peratus perbelanja­an ini selari dengan unjuran prestasi pertengaha­n tahun,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidanga­n Dewan Negara, semalam.

Amiruddin menjawab soalan Senator Zaiedi Suhaili yang ingin tahu peratusan capaian terkini Belanjawan 2019, jumlah yang sudah dibelanjak­an dan hasil kutipan diperoleh setakat 30 Jun lalu.

Beliau berkata, sebanyak RM314.55 bilion diluluskan dalam anggaran Perbelanja­an Persekutua­n 2019, merangkumi RM259.85 bilion bagi Perbelanja­an Mengurus dan RM54.7 bilion bagi Perbelanja­an Pembanguna­n.

Katanya, hasil cukai Kerajaan Persekutua­n setakat 30 Jun adalah sebanyak RM85.1 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia