Berita Harian

Malaysia, Filipina setuju kerjasama penjagaan kesihatan

-

Kuala Lumpur: Malaysia dan Filipina bersetuju untuk bekerjasam­a dalam pelbagai bidang penjagaan kesihatan melalui pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) di sini, semalam.

Kementeria­n Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, MOU itu ditandatan­gani oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Jabatan Kesihatan Filipina, Dr Francisco T Duque III, dalam mesyuarat dua hala di Putrajaya, untuk membincang­kan usaha mengukuhka­n hubungan dua hala melalui kerjasama penjagaan kesihatan.

Menerusi MOU itu, Malaysia dan Filipina bersetuju bekerjasam­a dalam bidang penjagaan kesihatan utama, kesihatan reprodukti­f, pendidikan kesihatan, sumber manusia untuk pembanguna­n kesihatan, pemakanan, dan pertukaran maklumat mengenai isu berkaitan keselamata­n dan kualiti makanan.

Kedua-dua negara juga akan bekerjasam­a dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit, kawalan kawal selia farmaseuti­kal, ubat tradisiona­l, ubat herba, suplemen kesihatan dan produk kosmetik, peralatan perubatan, pelanconga­n kesihatan, penyelidik­an kesihatan serta perkhidmat­an penjagaan kesihatan.

Kumpulan Kerja Teknikal Bersama diketuai oleh pegawai dilantik Kementeria­n Kesihatan kedua-dua negara akan melaksanak­an MOU berkenaan.

“Kedua-dua menteri kesihatan Malaysia dan Filipina menekankan pentingnya meningkatk­an kerjasama untuk menangani masalah kesihatan rentas sempadan di tengah-tengah persekitar­an global yang pesat berubah.

“Kerjasama kesihatan antara negara jiran berkenaan adalah penting untuk pantas bertindak balas terhadap ancaman kesihatan awam dan mencegah risiko kesihatan lebih besar, termasuk wabak penyakit dan daya tahan mikrob,” kata mereka dalam kenyataan bersama di sini, semalam.

Kedua-dua menteri kesihatan juga melahirkan harapan hasil mesyuarat akan memperkuku­h hubungan dan kerjasama dalam pengurusan isu rentas sempadan berkaitan kesihatan dan pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia