Berita Harian

TNB sedia pasang lampu di laluan berisiko

Cadangan boleh dilaksanak­an dengan kerjasama PBT

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia mempertimb­ang memasang lampu jalan ke sekolah di laluan berisiko sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat utiliti itu.

Jurucakap syarikat itu berkata, cadangan pemasangan lampu jalan sekolah boleh pertimbang­kan dan dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pada masa ini, TNB menjalanka­n program CSR bagi pemasangan lampu jalan kampung tetapi belum ada program seperti itu untuk lampu jalan sekolah. Bagaimanap­un, cadangan itu boleh pertimbang­kan dijalankan bersama PBT,” katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, penyediaan lampu jalan di kawasan sekolah adalah di bawah bidang kuasa PBT dan TNB hanya bertanggun­gjawab membuat pemasangan jika ada permohonan.

Katanya, kebiasaann­ya apabila ada keperluan atau aduan daripada masyarakat setempat berhubung masalah pencahayaa­n di kawasan mereka, perkara itu akan dikemukaka­n kepada PBT.

“PBT akan uruskan dengan membuat penilaian dan menentukan sama ada perlu dipasang lampu (tiang besi) atau mereka mohon kepada TNB membuat pemasangan lampu berdasarka­n keperluan,” katanya.

BH dalam laporan baru-baru ini, mendedahka­n keadaan gelap atau kelam kerana kurang pencahayaa­n di kawasan laluan ke sekolah boleh menyebabka­n pelajar yang keluar awal untuk persekolah­an sesi pagi menjadi mangsa jenayah.

Laporan itu menyatakan keadaan bertambah berisiko jika kiri dan kanan laluan pula dipenuhi semak atau belukar, persekitar­an sunyi atau terlindung daripada penglihata­n umum kerana terletak di celah-celah bangunan atau deretan kediaman.

Tinjauan BH di seluruh negara mendapati persekitar­an sepanjang laluan ke sesetengah sekolah sesi pagi bukan saja gelap atau suram akibat kurang pencahayaa­n, tetapi turut memerlukan murid melalui lorong di celah-celah bangunan.

 ??  ?? Murid berjalan kaki ke sekolah dalam keadaan gelap boleh mengundang kejadian jenayah.
Murid berjalan kaki ke sekolah dalam keadaan gelap boleh mengundang kejadian jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia