Berita Harian

Lebih separuh ditahan SPRM orang muda

-

Georgetown: Lebih separuh daripada individu yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak lebih lima tahun lalu adalah generasi muda berumur 40 tahun dan ke bawah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata berdasarka­n statistik dari 2014 sehingga Jun lalu, seramai 4,860 individu ditahan kerana rasuah dan daripada jumlah itu, seramai 2,594 atau 53.4 peratus adalah orang muda.

“Ini menjadi kerisauan kita dan jika kita lihat data ini lebih 50 peratus mereka yang terbabit adalah orang muda. Jika kita lihat dalam satu kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002, sebanyak 30.5 peratus daripada pelajar yang menjadi responden menyatakan kesanggupa­n menerima rasuah.

“Isu ini harus dipandang berat dan ditangani sejak dari peringkat awal lagi,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Persidanga­n Antarabang­sa Pembanguna­n Pengurusan Islam (IDMAC) 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Persidanga­n bertemakan ‘Integriti dan Hisbah dalam Pengurusan Pembanguna­n Islam’ selama dua hari bermula semalam itu disertai oleh lebih 120 penuntut dan pensyarah dari beberapa negara seperti Brunei, India, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Nigeria dan United Kingdom.

Beliau berkata, SPRM bersedia untuk bekerjasam­a dengan mana-mana pihak termasuk universiti awam bagi mengadakan pelbagai langkah untuk mencegah daripada aktiviti tidak bermoral itu terus berleluasa khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Kita bersedia untuk bersama dan dalam hal ini, pembabitan semua pihak amat diperlukan. Kita akan bekerjasam­a dengan mana-mana universiti bagi meningkatk­an integriti dan menerapkan elemen antirasuah dalam kalangan pelajar dan warga pendidik sedia ada,” katanya.

BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? Shamshun Baharin Mohd Jamil
Shamshun Baharin Mohd Jamil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia