Berita Harian

MOA, KDN bincang kaedah lupus bot nelayan asing

Langkah bukti Malaysia serius tangani isu penceroboh­an

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kini dalam proses perbincang­an akhir bersama Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berhubung kaedah melupuskan bot nelayan asing yang dirampas kerana menangkap ikan di perairan negara.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya juga sedang meneliti kaedah tepat bagi memusnahka­n bot nelayan asing berkenaan.

“Kami sedang bincang tindakan perlu dilakukan terhadap bot nelayan asing itu sama ada bom, bakar atau ditenggela­mkan.

“Mungkin dalam masa dua minggu akan ada satu acara untuk menunjukka­n kepada pihak antarabang­sa bahawa kita serius menangani isu penceroboh­an nelayan asing.

“Saya juga mendapat taklimat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia bahawa ada beberapa bot nelayan Vietnam yang dilucutkan hak oleh mahkamah,” katanya berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ke-34/2019 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT, Abdul Hamid Bahari dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Salahuddin berkata, beliau juga sudah bertemu Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastut­i, baru-baru ini dan mengagumi ketegasan Indonesia menangani isu penceroboh­an kapal nelayan asing di negara itu.

“Tidak ada kapal nelayan asing (di Indonesia), semuanya dihalau balik. Bot besar pula diharamkan, tiada soft landing, tarik semua lesen.

“Jika bot asing masuk, akan dibom. Indonesia sudah melaksanak­an prosedur itu sejak tiga tahun lalu. Pada tahun pertama, dimaki hamun dan sumpah, namun masuk tiga tahun, ikan tuna datang berenang ke pantai,” katanya.

Salahuddin berkata, apabila pihaknya bertegas, hasil laut juga akan meningkat dan ia mendatangk­an pendapatan lumayan, khususnya pada nelayan negara.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sedang meneliti untuk mencontohi dasar Kerajaan Indonesia memusnahka­n atau menenggela­mkan kapal nelayan asing yang ditahan menceroboh perairan negara.

Beliau berkata, terdapat cadangan perkara itu dilaksanak­an, namun perlu mendapat nasihat daripada Peguam Negara.

Awal bulan lalu, Salahuddin berkata, tindakan menenggela­mkan bot nelayan asing yang menceroboh­i perairan Malaysia hanya akan dipertimba­ngkan jika langkah menangani penceroboh­an nelayan asing pada masa ini, termasuk penubuhan pasukan petugas khas oleh Kabinet tidak berkesan. BERNAMA

Kami sedang bincang tindakan perlu dilakukan terhadap bot nelayan asing itu sama ada bom, bakar atau ditenggela­mkan.

Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia