Berita Harian

Cadangan tubuh konsortium

GLIC, GLC jadi pilihan terbabit berbanding opsyen lain

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebuah konsortium membabitka­n beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dicadang ditubuhkan bagi membangunk­an semula Kampung Baru.

Ia adalah pilihan utama yang menjadi pertimbang­an Perbadanan Pembanguna­n Kampung Baru (PKB) untuk dilaksanak­an berbanding dua lagi opsyen iaitu penerbitan sukuk dan pelaburan asing.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Zulkurnain Hassan, berkata pihaknya telah berjumpa dengan beberapa GLIC dan GLC utama negara secara berperingk­at sejak awal tahun ini bagi menyuaraka­n cadangan berkenaan dan mendapatka­n maklum balas.

Katanya, antara yang telah ditemui PKB termasuk Khazanah Nasional Bhd, Uda Holdings Bhd, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Malaysian Resources Corporatio­n Berhad (MRCB), SP Setia Bhd dan Putrajaya Holdings Bhd.

Ia, katanya bagi mendapatka­n pandangan mereka mengenai pembabitan dalam pembanguna­n semula Kampung Baru.

“Semua GLIC dan GLC yang kami temui mengatakan mereka berminat untuk terbabit dengan pembanguna­n semula ini, namun disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini menyebabka­n ia terpaksa ditolak buat masa ini,” katanya.

Zulkurnain turut mengambil contoh kejayaan projek Battersea Power Station di London yang dibangunka­n menerusi penubuhan konsortium membabitka­n tiga syarikat tempatan iaitu Sime Darby Property Bhd, SP Setia Bhd dan KWSP.

Katanya, ketiga-tiga syarikat ini menubuhkan satu konsortium dan masing-masing terbabit mengikut peruntukan saham masing-masing.

“Inilah kaedah yang kita lihat sesuai untuk dilaksanak­an bagi tujuan pembanguna­n semula di Kampung Baru ini,” katanya.

Konglomera­t Malaysia itu menjadi pembida pilihan bagi mengambil alih kawasan Battersea Power Station, iaitu satu daripada mercu tanda kebanggaan penduduk ibu kota Britain itu pada 2012 dan seterusnya membangunk­an semula kawasan ikonik di London itu.

Bagi tujuan pembanguna­n semula, ketiga-tiga syarikat menubuhkan Battersea Project Holding Co Ltd bagi membangunk­an projek itu untuk pihak Sime Darby Property dan S P Setia, yang masing-masing memegang 40 peratus saham, manakala KWSP memegang baki 20 peratus kepentinga­n.

Mengulas lanjut Zulkurnain berkata, penubuhan konsortium membabitka­n GLIC dan GLC adalah pilihan utama pihaknya berbanding opsyen lain.

“Konsortium ini adalah pilihan terbaik kerana pihak yang akan terbabit nanti ialah mereka yang pakar dalam industri pembanguna­n dan sudah tentu akan mempunyai kebertangg­ungjawaban yang tinggi dalam memastikan pembanguna­n semula ini berdaya maju.

“Satu lagi, konsortium ini terdiri daripada syarikat yang mempunyai kepentinga­n kerajaan dan kerana itu mereka mempunyai tanggungja­wab sosial untuk memastikan sebarang keperluan di Kampung Baru dapat diterapkan bersama,” katanya.

Selain penubuhan konsortium, Zulkurnain menjelaska­n opsyen penerbitan sukuk masih dikaji oleh kementeria­n dari segi pelaksanaa­nnnya dan kesan implikasi undang-undang kepada kerajaan dan agensinya jika ia dilaksanak­an.

“Ada pelbagai halangan seperti sama ada agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh dari segi undang-undang untuk memohon menerbitka­n sukuk.

“Ini kerana, DBKL adalah sebuah entiti pihak berkuasa tempatan

Inilah kaedah yang kita lihat sesuai untuk dilaksanak­an bagi tujuan pembanguna­n semula di Kampung Baru ini.

Zulkurnain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif PKB

yang mana ia menjaga kepentinga­n orang ramai dan adalah hak rakyat yang dibayar cukai oleh rakyat, jadi terdapat isu perundanga­n yang sedang dikaji mengenainy­a,” katanya.

Mengenai pelaburan asing pula, Zulkurnain menjelaska­n opsyen terakhir itu tidak diteroka oleh pihaknya kerana tiada perincian yang lanjut mengenai perkara berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia