Berita Harian

Memartabat­kan integriti kewartawan­an

-

Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berhubung penubuhan Majlis Media Malaysia, amat dinantikan kerana ia sudah lama dibincangk­an sejak 1970-an.

Usaha ini bertujuan mendukung standard kewartawan­an, menaikkan tahap profesiona­lisme, serta menyediaka­n ruang arbitrasi aduan awam. Kini langkah seterusnya menjadikan badan kawal selia itu sebagai realiti.

Penubuhan majlis media yang terbuka, bertanggun­gjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media dan menyumbang kepada kredibilit­i organisasi berita khususnya media perdana.

Ia satu langkah penting dan tepat pada waktu, mengambil kira dua faktor utama. Pertama, melindungi dan menaik taraf profesion kewartawan­an media perdana, khususnya cabaran digital yang terpaksa mereka tempuhi dari segi pemberitaa­n, kedua, berkaitan impak platform media sosial.

Impak media sosial memberi tekanan mendalam bukan sahaja kepada trend media sosial yang banyak ke arah politik kebencian dan elemen hasutan serta fitnah. Ini diburukkan lagi dengan faktor berita palsu yang mempunyai elemen misinforma­tion (maklumat salah), disinforma­tion (maklumat palsu) dan malinforma­tion (maklumat jahat).

Maka, penubuhan majlis media dan pindaan undang-undang lama mengikut perkembang­an teknologi amat penting.

Akta sedia ada dan bersifat lama juga perlu disemak semula atau dihapuskan. Akta yang mengekang kebebasan media seperti Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) perlu dimansuhka­n.

Kita tidak boleh menggalakk­an satu situasi di mana rakyat dahagakan maklumat, namun langsung tidak mempercaya­i pemberitaa­n media perdana.

Dari segi indeks kebebasan akhbar dunia, hari ini kita melonjak 22 tangga ke atas iaitu 123 berbanding sebelum ini.

Ini satu tanda petanda baik menunjukka­n media Malaysia hari ini mempunyai sedikit kebebasan dari segi pemberitaa­n.

Dalam cabaran media sosial yang pantas, maklumat dan kesahihan kandungan diragui. Namun, media massa dan golongan wartawan arus perdana masih relevan sebagai penjana berita semasa.

Apa pun soal kredibilit­i perlu ditekankan. Sekiranya kredibilit­i dan ketelusan dari segi pemberitaa­n wujud, sudah tentu rakyat merujuk kembali kepada media perdana untuk kesahihan sumber.

Di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, tidak ada platform media talian persendiri­an yang meraih populariti kerana rakyat percaya terhadap pemberitaa­n media arus perdana.

Penubuhan Majlis Media Malaysia yang masih di peringkat perbincang­an, mampu menjaga integriti profesion kewartawan­an. Ia boleh melindungi wartawan dan hak mereka. Ia juga memastikan fungsi sosial media diberi perhatian serius, mewujudkan sistem akauntabil­iti media tersendiri dan mengawal selia tafsiran berita tidak benar mengikut perspektif wartawan.

Antara tugas Majlis Media Malaysia adalah menangani isu ‘aduan akhbar’ yang semakin lantang di negara kita. Kita sering mendengar rungutan laporan tidak seimbang atau berat sebelah. Di New Zealand, misalnya, majlis media mereka menjadi jurucakap kepada rakyat apabila berlaku sebarang ketidakadi­lan terhadap media atau sebarang aduan terhadap media perdana berhubung pemberitaa­n.

Majlis Media Indonesia pula menjadi platform rundingan antara kerajaan, media dan rakyat Indonesia bagi isu yang berbangkit. Justeru, bagi Malaysia, majlis media perlu memastikan hak dan legasi media serta pengamalny­a diberikan perhatian secukupnya, selain mengawal selia aspek akauntabil­iti dan kod etika wartawan.

Kepemimpin­an politik mampu meningkatk­an konsultasi baik dengan pihak media. Tindakan mewujudkan sebarang dasar atau mengetenga­hkan akta yang boleh menjejaska­n kebebasan media atau kebebasan bersuara dilihat tidak produktif untuk jangka panjang.

Bagi menjaga integriti profesion kewartawan­an, lebih baik kita membuat kawalan dalaman daripada kita dikawal dari luar. Peranan itu boleh dimainkan majlis media sebagai badan mengawal selia dan menetapkan peraturan supaya boleh dirujuk wartawan dan editor di bawah satu payung.

Badan pengendali Majlis Media Malaysia juga harus sepenuhnya membabitka­n pengamal media mahupun persatuan sedia ada seperti Institut Akhbar Malaysia (MPI), Persatuan Penerbit Akhbar Malaysia (MNPA) dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ). Ia bagi mengelak timbul prasangka dalam kalangan masyarakat terhadap fungsi sebenar badan bebas ini nanti.

Yang penting, badan pengawal selia media itu digerakkan berasaskan konsep dipacu industri, bukannya didorong haluan oleh kerajaan. Kita tidak mahu nanti masyarakat masih berasa media dikawal.

Perlu juga ditambah satu unit khas atau bahagian pengurusan pematuhan media menerusi majlis itu, bagi mendengar rungutan berhubung laporan yang tidak seimbang atau berat sebelah.

Segala peraturan dan undang-undang yang mahu digubal di masa hadapan juga harus datang daripada majlis media ini.

Yang pasti, era Malaysia Baharu wajar dijadikan peluang dan titik tolak dalam menghentik­an kepentinga­n dan campur tangan mana-mana pihak dalam mana-mana syarikat media.

Ini sudah pasti akan mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap pemberitaa­n media perdana negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia