Berita Harian

Corak tidur Ainul belum seragam

-

Sejak pulang ke tanah air, corak tidur Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 11 bulan, masih belum seragam. Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata anaknya akan berjaga malam dan tidur pada waktu siang. Dalam hantaran di akaun Fecebook dan Instagram miliknya, beliau berkata, Ainul Mardiah masih belum tidur sehingga jam 5 pagi semalam dan bermain sendirian.

“Kesian mama dia kena buli. Sekarang baru nak tidur nyenyak. Walid sampai, walid pula kena buli dia tak kasi (bagi) tidur,” katanya.

Akaun media sosial itu dikemas kini beberapa jam lalu oleh Ahmad Safiuddin dengan memuat naik gambar terbaru Ainul Mardhiah yang seakan pose dan memandang kamera ketika gambarnya dirakam.

Ahmad Safiuddin berkata, anaknya sudah bijak menunjukka­n ekspresi apabila diusik.

“Dah siang ni baru nak tidur. Walid kacau suruh dia bangun, dia marah. Muka tu dah penuh air liur basi. Hisap jari lepas tu sapu satu muka,” katanya.

Ainul Mardhiah kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas dibawa pulang dari London, Ahad lalu.

Bayi itu dibawa ke London pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembedahan Germ Cell Tumor di mulut.

 ?? (Foto Facebook Ahmad Safiuddin) ?? Foto terkini Ainul Mardhiah yang dikongsika­n Ahmad Safiuddin di laman Facebook miliknya.
(Foto Facebook Ahmad Safiuddin) Foto terkini Ainul Mardhiah yang dikongsika­n Ahmad Safiuddin di laman Facebook miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia