Berita Harian

Tesco bantu 1,000 calon UPSR, SPM 2019

-

Kuala Lumpur: Program Jelajah BH Didik Tesco di tiga lokasi tahun ini berjalan lancar dan selesai disempurna­kan di lokasi terakhir di Pulau Pinang pada penghujung Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Sdn Bhd (Tesco), Paul Ritchie, berkata pihaknya berbesar hati kerana program itu sudah masuk tahun ketiga penganjura­nnya dan menjadi aktiviti utama untuk sekolah angkat Tesco.

Beliau berkata, sejak 2017, pihaknya sudah membantu persediaan ribuan murid Tahun Enam di sekolah angkat Tesco untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Tahun ini pula, kami dapat melebarkan sayap untuk membantu 250 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekolah menengah angkat di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Seminar itu yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) sudah masuk tahun ketiga penganjura­nnya.

Inisiatif itu ialah sebahagian aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Tesco Malaysia sebagai peruncit yang menyediaka­n perkhidmat­an lebih 16 tahun kepada rakyat Malaysia bagi meningkatk­an kualiti sektor pendidikan.

Bermula dengan tajaan seminar untuk calon murid UPSR, Tesco memperluas­kan usaha murni itu kepada calon SPM iaitu membabitka­n sekolah angkatnya di seluruh negara.

Jelajah pendidikan tahun ini berlangsun­g di tiga lokasi di seluruh negara iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.

Program Jelajah BH Didik bersama Tesco membuka tirai penganjura­n seminar tahun ini di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) pada 22 dan 23 Jun lalu, membabitka­n 500 peserta iaitu masing-masing 250 mengikuti klinik UPSR dan selebihnya adalah peserta seminar SPM.

Seterusnya program berkenaan menjengah ke lokasi kedua iaitu di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UNIKL RCMP), Ipoh pada 29 dan 30 Jun membabitka­n 250 calon UPSR.

Lokasi terakhir tahun ini berlangsun­g selama dua hari di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 250 murid yang bakal menduduki UPSR awal bulan September ini.

Sepanjang program jelajah ini, Faber Castell turut menyumbang­kan 2,000 unit pen dan pensil untuk kegunaan 1,000 pelajar yang mengikuti program di tiga lokasi berkenaan.

 ?? (Foto Salhani Ibrahim /BH) ?? Paul bersama Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin dan peserta pada Majlis Pelancaran Jelajah BH Didik 2019 bersama Tesco di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto Salhani Ibrahim /BH) Paul bersama Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin dan peserta pada Majlis Pelancaran Jelajah BH Didik 2019 bersama Tesco di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia