Berita Harian

Mahkamah Tinggi benar permohonan Muhammad Shafee

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengetepik­an kebenaran yang diperoleh Peguam Negara Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataann­ya kepada media berkaitan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini susulan keputusan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membenarka­n permohonan Muhammad Shafee untuk mengetepik­an kebenaran diperoleh Peguam Negara.

Mohd Firuz dalam penghakima­nnya berkata, saman pemula difailkan Peguam Negara kurang butiran berhubung tuduhan menghina mahkamah terhadap Muhammad Shafee.

“Orang yang dituduh menghina mahkamah harus tahu dengan tepat apakah pertuduhan dihadapiny­a. Peguam Negara mesti menyatakan secara adil dan sejelas-jelasnya kata-kata yang didakwa dituturkan Muhammad Shafee,” katanya.

Hakim juga mendapati kata-kata didakwa diucapkan itu tidak secara sengaja dituturkan oleh Muhammad Shafee, tetapi hanya menjawab soalan wartawan.

Mahkamah juga memerintah­kan Peguam Negara membayar kos RM30,000 kepada Muhammad Shafee yang dinamakan sebagai defendan dalam saman pemula itu.

Pada 1 Mac, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Thomas untuk memulakan prosiding terhadap Muhammad Shafee kerana menghina mahkamah.

Dalam permohonan difailkan pada Februari tahun ini, Thomas berkata, Muhammad Shafee adalah peguam bela dan peguam cara mewakili Najib yang didakwa atas beberapa kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau berkata, pada 7 Februari 2019, selepas selesai prosiding mahkamah membabitka­n Najib di Mahkamah Tinggi, defendan ditemu bual beberapa wartawan di luar kamar mahkamah dan temu bual itu dirakam seorang juruvideo dari Kinitv.com dan disiarkan menerusi Kinitv yang boleh dilayari melalui https://m.kinitv.com/video/70311o8.

Thomas mendakwa, defendan tahu atau sepatutnya mengetahui bahawa kenyataan yang menyinggun­g perasaan itu bersifat menghina terhadap hakim dan akan menjejaska­n pelaksanaa­n keadilan dan menghakis kepercayaa­n orang ramai terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia