Berita Harian

Jho Low, Nik Faisal tak endah amaran

-

Kuala Lumpur: Bekas pemegang mandat akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, tidak mengendahk­an amaran supaya deposit tunai dalam jumlah yang banyak tidak dipindah masuk ke dalam dua akaun bekas Perdana Menteri itu.

Bekas Pengurus Perhubunga­n Ambank, Joanna Yu, dalam keterangan­nya di Mahkamah Tinggi semalam, berkata beliau memberikan amaran kepada Nik Faisal Ariff Kamil dan Jho Low berhubung perkara itu kerana ia boleh menimbulka­n kebimbanga­n akaun akan dipantau kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram.

Joanna berkata, beliau sudah memberikan amaran mengenai penerimaan wang tunai yang banyak ke dalam akaun Najib dengan nombor akaun berakhir 906 dan 880.

Saksi ke-54 pendakwaan itu yang menjawab soalan peguam Harvinderj­it Singh pada sesi pemeriksaa­n balas, berkata Nik Faisal yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan Jho Low, bagaimanap­un tidak mengendahk­an amaran itu.

Saksi itu berkata, Nik Faisal dan Jho Low kemudian tetap mengarahka­n wang dalam jumlah yang banyak dipindah masuk ke dalam dua akaun itu pada 2015.

Harvinderj­it kemudian merujuk Joanna kepada perbualan di antara saksi dan Nik Faisal yang menunjukka­n antaranya, di antara Jun 2014 dan Mac 2015, sejumlah RM6.7 juta dipindah masuk ke dalam akaun bank Najib berakhir dengan nombor 906.

Harvinderj­it kemudian merujuk kepada perbualan mengenai akaun dengan nombor berakhir 880 yang mengalami kekurangan RM3.5 juta.

Dalam log perbualan itu, Jho Low memberitah­u saksi yang beliau akan memasukkan RM1.5 juta ke dalam akaun itu.

Joanna kemudian bersetuju dengan cadangan Harvinderj­it bahawa jumlah keseluruha­n wang tunai dipindah masuk ke dalam kedua-dua akaun Najib adalah berjumlah RM12.4 juta, membabitka­n 19 transaksi pada 2015.

Harvinderj­it: Adakah semua transaksi ini dilakukan atas arahan Jho Low? Joanna: Ya, beliau terbabit dan ia dimasukkan dalam akaun ‘MNR’ (Mohd Najib Razak).

Harvinderj­it: Deposit tunai terdesak itu adalah bagi memastikan akaun sentiasa aktif dan cek tidak tendang? Joanna: Ya Harvinderj­it: Jadi mereka tidak mematuhi amaran kamu?

Joanna: Ya, dan mereka masih memindah masuk dana secara tunai.

Harvinderj­it: Kamu balas kepada Jho Low, tiada orang bawa duit tunai sebanyak itu... kaunter akan tolak. Joanna: Ya

Harvinderj­it: Alasan kamu kepada Jho Low untuk beri kerjasama kali terakhir ialah apabila kamu bangkitkan isu mengenai pengubahan wang haram dan tidak mahu terbabit lagi dalam transaksi ini? Joanna: Saya beritahu dia berulang kali, jangan guna duit tunai lagi, tetapi beliau masih teruskan dan cakap itu kali terakhir... bagaimanap­un ia masih berlaku.

Harvinderj­it: Dalam perbualan ini, kamu beritahu kepada Jho Low untuk menghentik­an pengeluara­n cek ... kamu tidak dapat maklum balas selepas itu?

Joanna: Ya.

Harvinderj­it: Pada 15 Januari 2015, Jho Low beritahu kamu ada duit masuk, tetapi bukan melalui pindahan antara akaun? Joanna: Ya dia cakap begitu dan saya beritahu perlukan RM200,000 sebelum jam 2 petang. Saya cakap tunai lagi? Aiyoo

Sementara itu, Joanna berkata, Jho Low bertegas supaya beliau tidak menggunaka­n alamat rasmi e-mel Ambank bagi menghantar deraf atau surat arahan (berhubung pindahan dana).

Ia berdasarka­n log group chat perbualan pesanan ringkas Blackberry di antara saksi, Nik Faisal dan Jho Low yang dirujuk Harvinderj­it membabitka­n arahan pergerakan keluar masuk wang dalam akaun bank Najib.

Harvinderj­it: Pesanan BBM pertama adalah Jho Low mengarahka­n Nik Faisal menandatan­gani surat arahan pindahan yang kamu akan e-mel kepadanya (Nik Faisal). Joanna: Ya

Harvinderj­it: Jho Low kemudian balas ‘Sila teruskan’ Joanna: Saya tidak pasti sama ada pesanan itu ditujukan kepada saya.

Harvinderj­it: Jho Low kemudian cakap ‘Guna gmail, jangan guna e-mel Ambank dan kemudian e-mel kepada Nik Faisal. Kamu kemudian balas ‘okey’.

Joanna: Ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia