Berita Harian

Polis nafi dakwaan banduan maut dipukul

-

Sungai Petani: Polis menafikan dakwaan seorang banduan mati akibat dipukul di Penjara Sungai Petani di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata, R Gopal Krisnan, 21, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini, pada 3.20 petang kelmarin selepas seminggu menerima rawatan bagi jangkitan kuman pada saluran injap jantung.

“Hasil bedah siasat mangsa yang selesai dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada jam 1.30 tengah hari semalam tidak menunjukka­n sebarang perlakuan jenayah.

“Pemeriksaa­n dilakukan mendapati tiada kecederaan mahu pun lebam pada anggota badan mangsa kecuali di tangan kirinya membengkak akibat kesan drip air ketika menerima rawatan di hospital,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, semalam.

Kelmarin, satu laporan polis dilakukan tunang mangsa yang tidak berpuas hati dengan kematian mangsa dan mendakwa terdapat kesan bengkak pada tangan kanan dan kepala mangsa, yang dipercayai akibat di pukul semasa dalam tahanan.

Adzli berkata, beberapa rakaman percakapan pegawai perubatan yang merawat mangsa dan pegawai penjara sudah diambil.

“Difahamkan, ketika dibawa ke hospital, mangsa hanya mengadu keletihan, demam dan muntah, mangsa tidak mengadu dipukul,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, bagaimanap­un pihaknya masih menjalanka­n siasatan bagi mengelakka­n spekulasi yang timbul.

“Pegawai siasatan akan pergi ke sel mangsa ditahan untuk mendapatka­n keterangan daripada semua rakan mangsa, kalau ada bukti kita akan siasat mengikut seksyen yang berkaitan.

“Kita juga akan mengambil keterangan keluarga mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, ketika dibawa ke hospital, mangsa hanya mengadu keletihan, demam dan muntah, mangsa tidak mengadu dipukul.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda

 ??  ?? Adzli Abu Shah,
Adzli Abu Shah,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia