Berita Harian

Padah larikan isteri orang

-

Ayer Keroh: Seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas dia mengaku salah terhadap tuduhan membawa lari isteri orang.

Zahari Zainul Abidin, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membawa lari seorang wanita berusia 21 tahun yang dalam pengetahua­nnya wanita itu berstatus isteri orang dengan niat melakukan persetubuh­an haram.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur, kira-kira jam 4 pagi, pada 4 September 2018.

Justeru, peniaga berkenaan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat oleh suami wanita berkenaan selepas mendapati isterinya keluar rumah. Malah, suami wanita itu juga diminta memindahka­n wang RM10,000 ke dalam akaun isterinya.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin yang memohon hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira wanita terbabit adalah isteri orang.

Peguam, Muhammad Farhan Mirza Azme yang mewakili tertuduh, merayu agar hukuman ringan dikenakan dengan alasan anak guamnya yang juga bapa tiga anak, sudah insaf.

Beliau berkata, tertuduh juga perlu menanggung keluarga selain hanya berpendapa­tan kira-kira RM1,500 sebulan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh didenda RM2,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

 ?? [Foto Rasul Azli Samad/bh] ?? Zahari diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
[Foto Rasul Azli Samad/bh] Zahari diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia