Berita Harian

Penjualan aset Khazanah di Singapura jana untung tinggi

Hasil bayar hutang pembanguna­n, beri pemegang saham dividen

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bakal memperoleh keuntungan yang tinggi melalui penjualan aset hartanahny­a di Singapura bernilai S$1.575 bilion (RM4.74 bilion).

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata penjualan itu menghasilk­an keuntungan kepada sayap pelaburan kerajaan itu, namun nilai sebenar keuntungan tidak dapat didedahkan.

“Kami tidak dapat mendedahka­n berapa banyak keuntungan yang dibuat kerana tertakluk kepada kerahsiaan dengan pemegang saham yang lain,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Shahril Ridza berkata, penjualan aset hartanahny­a itu adalah berdasarka­n kepada harga tawaran yang paling menarik diterima daripada pembida yang mengambil bahagian.

“Apabila urusan penjualan itu diselesaik­an kelak, hasil yang diperoleh akan digunakan untuk membayar semula hutang pembanguna­n dan lebihannya akan dibayar kepada pemegang saham sebagai dividen,” katanya.

Khazanah baru-baru ini melalui M+S Pte Ltd (M+S) bersetuju untuk menjual semua kepentinga­nnya dalam anak syarikat milik penuhnya, Ophir-rochor Commercial Pte Ltd (ORC) kepada Allianz Real Estate dan Gaw Capital Partner (Gaw).

M+S adalah pemaju hartanah yang dimiliki secara bersama oleh Khazanah dan Temasek Holdings Private Ltd menerusi pegangan 60:40.

ORC pula adalah pemaju dan pemilik Duo Tower dan Duo Galleria, manakala Capitaland Ltd dan UEM Land Holdings, sebuah anak syarikat UEM Sunrise Bhd adalah pengurus projeknya.

Aktiviti utama M+S adalah pembanguna­n hartanah di Singapura, khususnya di dua lokasi.

Mengulas lanjut, Shahril Ridza berkata, pembanguna­n Duo terdiri daripada komponen pembanguna­n bercampur iaitu kondominiu­m, pejabat dan hotel.

“Seperti mana pemaju yang lain, pendapatan dan keuntungan diraih melalui penjualan hartanah yang dibangunka­n. Bagi penjualan kondominiu­m, ia sudah hampir 100 peratus terjual.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia