Berita Harian

RHB Bank dapat ‛lampu hijau’ jual perniagaan insurans am

Mula rundingan bersama Tokio Marine

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

RHB Bank Bhd memperoleh kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan rundingan bagi cadangan penjualan perniagaan insurans amnya kepada Tokio Marine Asia Pte Ltd.

Kumpulan perbankan itu dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia berkata, bank pusat sudah menjelaska­n bahawa ia tidak menghalang RHB untuk memulakan rundingan bersama Tokio Marine berhubung cadangan penjualan sehingga 94.7 peratus kepentinga­n ekuiti dalam RHB Insurance.

Kelulusan itu, kata RHB Bank adalah sah untuk enam bulan daripada tarikh surat BNM yang bertarikh 29 Julai lalu.

“Mengikut Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013, pihak yang berkaitan perlu terlebih dahulu mendapatka­n kelulusan Menteri Kewangan, dengan cadangan daripada BNM, sebelum memeterai mana-mana perjanjian muktamad bagi menguatkua­sakan cadangan penjualan itu,” katanya.

RHB Bank berkata, satu pengumuman terperinci mengenai cadangan penjualan itu akan dibuat apabila perjanjian terbabit dimeterai.

Awal semalam, Bursa Securities menggantun­g dagangan saham RHB Bank menunggu pengumuman berkenaan.

“Permintaan untuk penggantun­gan saham RHB Bank dibuat di bawah Perenggan 3.1(b) Nota Amalan 2 Keperluan Penyenarai­an Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, menunggu pengumuman material syarikat,” katanya.

Saham RHB Bank kali terakhir diniagakan pada RM5.44, Isnin lalu. Urus niaganya diteruskan pada 2.30 petang semalam.

Bank pusat sudah menjelaska­n bahawa ia tidak menghalang RHB untuk memulakan rundingan bersama Tokio Marine berhubung cadangan penjualan sehingga 94.7 peratus kepentinga­n ekuiti dalam RHB Insurance. Kenyataan RHB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia