Berita Harian

Sektor teknologi antara fokus pelaburan

-

“Pembanguna­n pejabat juga merekodkan hampir 100 peratus penyewaan dan oleh itu, pemaju mula memasarkan bangunan berkenaan kepada pembeli seperti syarikat insurans dan dana pelaburan,” katanya.

Pembanguna­n bercampur Duo turut membabitka­n Duo Residences dan Hotel Andaz Singapore.

Sejajar dengan usaha M+S untuk terus memiliki hotel Andaz Singapore, peluang kerjasama dengan Allianz Real Estate dan Gaw Capital Partners bakal memangkin Duo sebagai tempat yang menarik kepada peniaga dan pelancong global.

M+S akan terus memiliki dan menguruska­n aset Andaz Singapore dan Marina One ke paras optimum untuk kepentinga­n pemegang saham.

Pembanguna­n Duo berada dalam koridor Ophir-rochor di Singapura bersebelah­an Kampong Glam, yang mendapat sentuhan rekaan arkitek Ole Scheeren.

Shahril Ridza berkata, Khazanah akan terus membuat pelaburan baharu dengan menggunaka­n hasil daripada urus niaga pelaburan.

Katanya, pelaburan baharu itu akan memfokuska­n kepada beberapa sektor terutama teknologi, aeroangkas­a, penerbanga­n dan kesalinghu­bungan di Malaysia.

Setakat ini katanya, hampir RM1.5 bilion pelaburan baharu sudah dibuat bagi 2019 dan ia akan terus meningkat pada masa hadapan.

“Khazanah juga sudah mengurangk­an beban hutang RM6 bilion pada masa sama,” katanya.

Khazanah akan terus membuat pelaburan baharu dengan menggunaka­n hasil daripada urus niaga pelaburan. Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia