Berita Harian

FGV mahu kekal pegangan majoriti perniagaan gula

Syarikat terbuka jalin kerjasama dalam usaha perkukuh MSM

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

FGV Holdings Bhd akan terus mengekalka­n pegangan majoriti dalam MSM Malaysia Holdings Bhd, meskipun terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama strategik, termasuk penjualan kepentinga­n bagi mengukuhka­n perniagaan gulanya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata FGV akan terus kekal dalam perniagaan berkaitan makanan sejajar permintaan kukuh terhadap makanan dan tenaga.

Beliau berkata, kerjasama strategik boleh dilaksanak­an dalam pelbagai cara dan pihaknya terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama selagi ia baik untuk MSM dan memberi lebih nilai kepada pemegang saham.

“Kami terbuka kepada sebarang cadangan. Kami terbuka kepada sebarang perundinga­n yang membawa kepada pengukuhan berterusan dan menambah nilai kepada pemegang saham kami,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan dengan memetik sumber baru-baru ini, bahawa FGV sedang berunding untuk menjual sebahagian daripada 51 peratus kepentinga­nnya dalam MSM.

Haris Fadzilah berkata, MSM adalah pengeluar gula terbesar di Malaysia dengan penguasaan pasaran 60 peratus dan mempunyai kapasiti penapisan 2.2 juta tan.

Beliau berkata, kapasiti pengeluara­n yang besar itu, sekali gus memberi peluang kepada MSM meninjau menembusi pasaran lain, yang mana pasaran terbesar gula ketika ini ialah China, India dan Indonesia.

“Kami mempunyai kapasiti 2.2 juta tan, justeru terdapat peluang untuk memasarkan bagi pasaran domestik dan mencari peluang mengembang­kan pasaran luar negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu yuran Lembaga Pengarah FGV, Haris Fadzilah berkata, terdapat rundingan antara pemegang saham utama FGV mengenai isu itu.

Beliau berkata, sebaik sahaja Lembaga Pengarah dan pemegang saham FGV mencapai persetujua­n mengenai isu berkenaan, pihaknya akan mengeluark­an kenyataan mengenai perkara itu.

Katanya, Lembaga Pengarah FGV masih menjalanka­n tugas mereka meskipun tanpa yuran, sekali gus menunjukka­n komitmen mereka memulihkan FGV.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11 FGV Jun lalu, pemegang saham FGV menolak tiga resolusi membabitka­n pembayaran yuran pengarah.

FELDA adalah pemegang saham terbesar FGV dengan 33.7 peratus pegangan, manakala Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masing-masing memiliki 5.25 peratus dan 1.25 peratus.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia