Berita Harian

Kerjasama strategik hasilkan BIOCNG

-

FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI), Sime Darby Energy Solutions Sdn Bhd (SDES) dan Biotek Dinamik Sdn Bhd (BDSB) menjalin kerjasama strategik untuk mengeluark­an gas asli mampat bio (BIOCNG) daripada biogas yang dijana daripada kolam efluen kilang sawit (POME).

BIOCNG adalah pengganti berpotensi bagi diesel untuk industri perkilanga­n dan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd, Datuk Haris Fadzilah Hassan, berkata ketika ini, syarikat perladanga­n itu menjana kira-kira 170 juta meter padu biogas setahun daripada 30 kilangnya, yang bersamaan sejuta hingga 1.5 juta liter diesel bagi setiap kilang minyak sawit setahun.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara FGVPI, anak syarikat tidak langsung FGV bersama anak syarikat Sime Darby Bhd, SDES dan BDSB itu membabitka­n potensi pembanguna­n 35 loji untuk pengeluara­n BIOCNG.

“Sebaik projek ini dilaksanak­an sepenuhnya, FGV akan mempunyai kawasan BIOCNG paling banyak di dunia membabitka­n syarikat perladanga­n,” katanya pada majlis memeterai memorandum persefaham­an (MOU) bagi pengeluara­n BIOCNG di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah MOU berkenaan, BDSB, sebuah syarikat tenaga boleh diperbahar­ui menjadi pemaju projek, pemilik dan pengendali BIOCNG.

Haris Fadzilah berkata, usaha sama BIOCNG adalah sejajar dengan strategi FGV dengan menukar sisa kepada kekayaan bagi menjana nilai daripada produk sampingan hiliran.

Beliau berkata, projek itu dijangka menjana nilai ketara kepada kumpulan, pada masa sama membantu kerajaan mencapai sasaran tenaga boleh diperbahar­ui 20 peratus menjelang 2025.

FGV akan mempunyai kawasan BIOCNG paling banyak di dunia membabitka­n syarikat perladanga­n.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BDSB, Eddy Yap Wai Hong, berkata syarikat mahu menjadi perintis pengkomers­ialan BIOCNG di Malaysia dan berharap memasarkan bahan api boleh diperbahar­ui hijau ke dalam pasaran domestik tahun depan.

Beliau berkata, BIOCNG berpotensi menjadi sumber bahan api bio selanjutny­a bagi negara selepas kejayaan biodiesel berasaskan minyak sawit.

Haris Fadzilah Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd

 ?? [Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh] ?? Haris Fadzilah menyaksika­n pertukaran MOU semalam. di antara FGVPI, SDES dan Biotek Dinamik di Kuala Lumpur,
[Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh] Haris Fadzilah menyaksika­n pertukaran MOU semalam. di antara FGVPI, SDES dan Biotek Dinamik di Kuala Lumpur,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia