Berita Harian

Alibaba sasar tembusi fintech Islam di Malaysia

Kerjasama dengan Bank Muamalat galak akses teknologi lebih baik

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Alibaba Cloud, cabang perniagaan berasaskan kecerdasan data Alibaba Group, menyasarka­n menembusi pasaran pendigital­an dan penggunaan teknologi kewangan (fintech) Islam di Malaysia.

Pengurus Besar Alibaba Cloud Malaysia dan Thailand, Kenny Tan, berkata pihaknya menyasarka­n membuka lebih banyak peluang fintech kepada perniagaan di negara ini.

Katanya, Alibaba Cloud mempunyai pusat data tempatan di Malaysia dan ini membolehka­n syarikat tempatan menggunaka­n teknologi disediakan pihaknya seperti penggunaan sistem data besar dan kecerdasan buatan (AI).

“Kami baru menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd untuk meningkatk­an penggunaan data besar dan AI dalam industri kewangan.

“Selepas ini, kami akan menyasarka­n untuk lebih banyak lagi syarikat industri kewangan menjalin kerjasama bagi meningkatk­an kecekapan dalam penggunaan teknologi di negara ini.

“Pusat data tempatan Alibaba mempunyai akses dan teknologi yang mencukupi bagi menampung keperluan data besar di Malaysia dan negara serantau,” katanya selepas Sidang Kemuncak Awan Alibaba di Kuala Lumpur, semalam.

Tan berkata, kerjasama itu adalah yang pertama dengan industri kewangan di Malaysia untuk menggalakk­an akses yang lebih baik kepada teknologi dan menangani cabaran dalam keselamata­n dan pematuhan.

Katanya, selain peserta utama industri kewangan, pusat data Alibaba turut menyasarka­n perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatk­an lagi penggunaan teknologi digital.

“PKS adalah sasaran kami dalam menggunaka­n teknologi data besar dan AI kerana ia membolehka­n mereka berada di landasan tepat dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan membantu PKS untuk beradaptas­i dengan teknologi berkenaan,” katanya.

Tan berkata, Alibaba Cloud juga meningkatk­an pelaburann­ya di Malaysia dari segi teknologi dan sumber untuk mengukuhka­n jejaknya di negara ini.

Katanya, pihaknya sudah mengembang­kan pusat datanya dan akan terus memberi perkhidmat­an kepada perniagaan tempatan dengan menggunaka­n bakat tempatan.

“Malaysia adalah negara yang penting bagi kami dan kami akan terus berkhidmat kepada pelanggan kami pada tahap yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Bank Muamalat, Abdul Razak Mohamed Ismail, berkata kerjasama itu membolehka­n pihaknya menggunaka­n analitik ramalan yang digerakkan oleh teknologi data besar dan AI untuk lebih memahami segmentasi pelanggan dan keutamaan yang diperlukan.

“Kerjasama ini bukan sahaja membolehka­n kami menawarkan produk dan perkhidmat­an yang lebih baik, tetapi juga perkhidmat­an kewangan khusus yang sesuai dengan aspirasi pertumbuha­n pelanggan,” katanya.

 ?? (Foto Nurul Shafina Jemenon/bh) ?? Abdul Razak dan Tan bertukar dokumen MOU pada Sidang Kemuncak Awan Alibaba di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid (kanan).
(Foto Nurul Shafina Jemenon/bh) Abdul Razak dan Tan bertukar dokumen MOU pada Sidang Kemuncak Awan Alibaba di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia