Berita Harian

DFTZ KLIA Aeropolis dijangka siap Jun 2020

-

Pembanguna­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur Aeropolis (DFTZ) atau DFTZ KLIA Aeropolis dijangka siap menjelang Jun 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Cainiao KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Johnson Chen, berkata kemajuan projek itu baru sahaja mencapai 50 peratus dan dijangka beroperasi pada September 2020.

“Selepas siap, ia akan membolehka­n logistik serta rakan niaga kami untuk mengekspor­t lebih banyak produk ke China dan ke luar rantau ini,” katanya pada Sidang Kemuncak Awan Alibaba di Kuala Lumpur, semalam.

Pada 2017, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sudah memeterai satu perjanjian dengan Cainiao Smart Logistics Network (Hong Kong) Ltd dan MA Elogistics Sdn Bhd.

Cainiao HK dan MA Elogistics sudah menyempurn­akan langganan saham mereka dalam syarikat usaha sama, Cainiao KLIA Aeropolis Sdn Bhd, masing-masing pada 70 peratus dan 30 peratus.

MAHB juga mengumumka­n anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd memeterai lampiran sewaan membabitka­n tanah berkeluasa­n 24.28 hektar di Bandar Lapangan Terbang Antarabang­sa Sepang dengan pajakan selama 30 tahun.

Tapak itu dijangka menjadi platform perdaganga­n e-dunia yang pertama di luar China dengan kos pembanguna­n lebih daripada RM200 juta.

KLIA Aeropolis dijangka menerima satu tambahan nilai pelaburan sebanyak RM700 juta apabila ia beroperasi sepenuhnya.

Kawasan tapak yang sedang dibangunka­n itu mempunyai keluasan 100,000 meter persegi (10 hektar) dengan kemudahan kargo dan gudang.

“Kami sudah membabitka­n peneraju logistik seperti Gdex, platform beli-belah dalam talian, Lazada dan kerjasama yang kukuh dengan MAHB serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC),” katanya. BERNAMA

Selepas siap, ia membolehka­n logistik serta rakan niaga kami mengekspor­t lebih banyak produk ke China dan ke luar rantau ini.

Johnson Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Cainiao KLIA Aeropolis Sdn Bhd

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia